top of page

Sekolah daif: 694 projek disiapkan, 216 di peringkat prabina



Sejumlah 694 projek membaik pulih sekolah daif di seluruh negara telah disiapkan setakat Mac lalu, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.


Selain projek tersebut sebanyak 216 projek lain kini berada di peringkat prabina dan pihaknya bekerjasama rapat dengan pelbagai agensi berkaitan khususnya Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam memastikan semua projek dapat disiapkan mengikut garis masa ditetapkan.


"Jadi prosesnya sentiasa kita tambah baik dari semasa ke semasa. Sebab itu apabila kerajaan MADANI mengambil alih kerajaan ini tumpuan utama kita adalah menyelesaikan isu sekolah daif yang tidak pernah diselesaikan secara berfokus dan dengan baik sebelum ini dan kita ambil alih kita selesaikan.


"Jadi saya ingat soal tambah baik itu sentiasa berlaku dan penyelesaian telah pun dibuat dengan sangat baik. Kita bekerja dengan sangat pantas dengan kerjasama daripada agensi yang lain," katanya dipetik.


Fadhlina sebelumnya menghadiri Majlis Pengisytiharan Nama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Hussein (sebelum ini SMK Arau) yang disempurnakan Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.


Media baru-baru ini melapor gesaan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi yang mahu meminta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menghapuskan birokrasi dan memperbaiki semula sistem penyampaian sedia ada terutama dalam melibatkan peruntukan menaik taraf sekolah daif.


Bagaimanapun tegas Fadhlina, tidak timbul isu berkenaan kerana proses menaik taraf sekolah daif dipantau secara teliti dan akan dipastikan siap mengikut garis masa ditetapkan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page