top of page

Sekat suara pembangkang: Tuduhan Pemuda Pas tidak berasas - AMK Wilayah



Oleh: Abdullah Zaid


Dakwaan Ketua Pemuda Pas kononnya kerajaan cuba menutup mulut pembangkang daripada terus bersuara dengan mengaitkan penurunan indeks kebebasan akhbar sebagai tidak berasas sama sekali.


Menurut Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Wilayah Persekutuan, Muhammad Azha Salahudin, kenyataan wakil pemuda Pas itu yang merujuk Indeks Kebebasan Akhbar Dunia bagi mengukur prestasi kebebasan bersuara di Malaysia tersasar jauh daripada kenyataan.


Tegas Azha, semasa Perikatan Nasional (PN) menjadi kerajaan pada 2020-2021, Malaysia berada pada kedudukan ke-119 dan paling teruk dalam sejarah negara berbanding kedudukan ke-107 hari ini, yang dilihat semakin baik.


"Sebagai seorang Ahli Parlimen beliau seharusnya membuat kajian dan rujukan sebelum mengeluarkan kenyataan yang bersifat tuduhan jahat terhadap kerajaan," katanya dalam satu kenyataan.


Terdahulu, Ahli Parlimen Alor Setar Afnan Hamimi Taib Azamudden, menerusi ucapan Muktamar Dewan Pemuda Pas hari ini memberi amaran kepada Kerajaan Perpaduan kerana cuba menyekat suara pembangkang selain mendakwa mengambil tindakan terhadap pemimpin politik blok itu daripada terus mengkritik pemerintah.


Mengulas lanjut, Azha berkata, kebebasan bersuara tidak bermakna mana-mana individu bebas untuk menyebarkan berita palsu, tuduhan jahat dan celaan kepada mana-mana individu atau kumpulan tertentu


Malah, katanya, kebebasan bersuara perlu diamalkan dengan rasa bertanggungjawab dan berlandaskan fakta yang tepat.


"Namun sehingga ke hari ini tidak ada mana-mana pemimpin pembangkang yang didakwa atau dipenjarakan oleh Kerajaan Madani sedangkan Presiden Pas Abdul Hadi Awang sendiri bebas menulis dan menuduh kerajaan dengan pelbagai gelaran seperti agen zionis, dajal, kafir, haiwan dan sebagainya.


"Bukan itu sahaja, bekas Ketua Pemuda UMNO (Khairy Jamaluddin) juga tanpa rasa segan silu telah perli ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di konti radio dan sehingga ke hari ini beliau masih bebas dan tidak dipenjarakan," ujarnya lagi.


Kata Azha, pemuda Pas sepatutnya berhenti membina persepsi buruk terhadap kerajaan dan menjadi contoh yang baik kepada ahlinya bagi memahami maksud kebebasan bersuara seperti yang termaktub Perlembagaan Persekutuan.

0 comments

Komentáře


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page