top of page

Sejuta naskah al-Quran dicetak dalam terjemahan pelbagai bahasa



Sejuta naskah al-Quran yang bakal dicetak oleh Malaysia dan diedarkan ke seluruh dunia akan disertakan dengan terjemahan merangkumi pelbagai bahasa.


Perkara itu dimaklumkan Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam.


Menurut Mohd Na'im, langkah mencetak terjemah itu selari dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar kitab suci umat Islam itu dapat dihayati.


Bagi tujuan itu jelasnya, pihak kementerian akan merangka perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Yayasan Dakwah Islam Malaysia (Yadim) dalam masa terdekat.


"Perdana Menteri mahu kita respons apa yang telah berlaku di Sweden dengan cara keluarkan satu juta al-Quran di seluruh dunia dan memastikan kitab itu bukan sahaja dibaca tetapi dihayati.


"Kalau sekadar baca tapi tidak ada terjemahan mungkin agak sukar untuk kita agihkan di (seluruh) dunia.


"Jadi selari dengan hasrat Perdana Menteri, kita akan cetak naskhah al-Quran bersama terjemahannya," katanya dalam sidang media itu.


Beliau sebelumnya melancarkan Majlis Walimatul Urus Perdana bersempena Karnival Majis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) 2023 di Dataran Merdeka.


Perdana Menteri, ketika melawat Pameran Seni al-Quran dan Himpunan Artifak Dunia Islam Terbesar anjuran Yayasan Restu di Kompleks Nasyrul Quran di Putrajaya pada Sabtu mengarahkan satu juta naskhah al-Quran dicetak dan diedarkan ke seluruh dunia.


Hal itu sebagai tindak balas terhadap provokasi ahli politik pelampau Sweden-Denmark, Rasmus Paludan terhadap umat Islam dengan bertindak membakar kitab suci itu ketika menyertai bantahan di hadapan Kedutaan Turkiye di Stockholm.


Dalam kenyataannya Anwar menegaskan, pendekatan mencetak dan menyebarkan kefahaman mengenai al-Quran supaya kandungannya dapat dihayati semua pihak tanpa mengira latar belakang fahaman dan agama adalah cara paling tepat menjawab kegilaan ditunjukan pemimpin parti politik sayap kanan Denmark Stram Kurs itu.


Sementara itu menurut Mohd Na'im, usaha mengeluarkan naskah al-Quran itu akan disegerakan.

0 comments

Recent Posts

See All

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page