top of page

Segerakan pemilihan, jamin masa depan KEDILAN parti inklusif, dinamik



Oleh: Akmal Manaf


Pemilihan pimpinan KEADILAN yang diarahkah oleh Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim disegerakan sewaktu menghadiri Konvensyen KEADILAN Perak di Ipoh baru baru ini amat tepat dalam membuka membuka ruang sinergi kepada barisan pemimpin muda serta yang lebih berpengalaman untuk bersama-sama mengemudi parti dengan lebih cekap dan berwibawa.


Menurut aktivis Angkatan Muda Keadilan Cabang Batu, Alim Munen, langkah itu bukan sahaja keputusan berani tetapi tepat pada masanya.


"Ini adalah langkah yang mengutamakan masa depan KEADILAN sebagai parti inklusif dan dinamik sesuai dengan semangat tatakelola reformasi.

Alim Munen

"Keputusan yang diambil melalui Mesyuarat Biro Politik KEADILAN itu juga menunjukkan komitmen parti terhadap keterbukaan dan penstrukturan kepimpinan yang lebih mantap," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Alim, dengan memberi ruang yang lebih besar kepada golongan muda dan wanita, Datuk Seri Anwar selaku presiden membawa KEADILAN ke dalam satu lagi agenda progresif sebagai parti yang sentiasa menilai masa depan dan bersedia untuk menghadapi cabaran.


Di bawah bimbingan beliau, Alim berkata, KEADILAN bukan sahaja dilihat relevan tetapi juga berdaya saing selaras dengan perubahan zaman dan kehendak masyarakat.


"Dalam masa yang sama, komitmen KEADILAN terhadap kerjasama dengan rakan-rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan juga merupakan bukti parti ini bersedia untuk memainkan peranan dalam memastikan kestabilan politik yang kukuh, khususnya di Semenanjung Malaysia.


"Asas perjuangan KEADILAN sebagai parti yang membela nasib rakyat tetap diutamakan, dan dengan pemilihan yang lebih tertib dan beradab, kita yakin rakyat akan terus melihat KEADILAN sebagai parti yang boleh dipercayai dan disokong," kata beliau.


Dalam pada itu, sebagai parti utama pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), beliau berkata KEADILAN kini berada dalam posisi yang kukuh, menyaksikan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-10.


"Pemilihan yang telus dan tertib akan menjadi cerminan kebijaksanaan tatakelola beliau dan para pemimpin KEADILAN yang turut memainkan peranan penting dalam Kabinet hari ini.


"Keputusan Presiden menunjukkan keyakinan beliau terhadap kematangan ahli dan jentera parti KEADILAN dalam melaksanakan proses pemilihan yang adil, tanpa hiruk-pikuk yang memecahbelahkan, sekali gus membuktikan keteguhan demokrasi dalam parti," katanya lagi.


Pada 27 Oktober lalu, Anwar yang juga Perdana Menteri ketika berucap di Konvensyen KEADILAN Perak memberi bayangan pemilihan parti perlu dilaksanakan dalam masa terdekat kerana Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) masih jauh.


Beliau berkata parti harus membina kepimpinan generasi baharu dan sayap parti itu seperti AMK dan Wanita KEADILAN harus diberikan ruang kepimpinan.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Tambun berpandangan, terdapat keperluan diadakan sinergi antara pemimpin muda dan lama untuk memperkuatkan parti.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page