top of page

Segera naik taraf daerah Belaga sebagai bahagian ke 13 Sarawak



Perjuangan penduduk tempatan untuk mengangkat Belaga sebagai daerah ke 13 di Sarawak perlu dipercepatkan.


Senator Abun Sui Anyit berkata demikian selepas menghadiri program berbuka puasa atau iftar Ramadan bersama penduduk Islam Kampung Melayu Belaga, semalam.


"Kami sempat menemui dan bertanya tentang hasrat penduduk Belaga, tentang Belaga perlu diangkat sebagai bahagian (daerah).


"Semua penduduk yang ditemui dan ditanya setuju agar Belaga diangkat sebagai Bahagian ke-13 Sarawak. Hasrat ini memang tidak pernah pudar di hati rakyat Belaga," katanya dalam kenyataan.


Tegas Abun, kerajaan Sarawak wajar merealisasikan hasrat tersebut bagi mengangkat tahap sosi-ekonomi rakyat. Bagaimanapun, katanya, hak itu perlu bermula di peringkat Kerajaan Negeri kerana pemimpin Kerajaan Sarawak pernah berkata pengangkatan Belaga sebagai Bahagian ke-13 semestinya datang dari pihak kerajaan di Sarawak.


"Justeru wakil rakyat Belaga, Datuk Liwan Lagang dan Kennedy Chukpai Ugon perlu bersuara.


"Saya sebagai ahli Dewan Negara akan melakukan bahagian saya di peringkat Kerajaan Persekutuan untuk sama-sama merealisasikan cita-cita murni rakyat Belaga ini," katanya lagi.


Belaga amat perlu dinaik taraf sebagai bahagian ke 13 kerana kedudukan geografinya yang berdekatan ibu negara baharu Indonesia, Nusantara.


Daerah itu berupaya menarik pelaburan dari seberang kerana merupakan pintu masuk ke Sarawak.

Komentarze


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page