top of page

Sediakan kemudahan penjaja bersesuaian di Pantai Teluk Mak Nik - AMK Kemaman



Pantai Teluk Mak Nik, Kemaman menjadi lokasi beriadah warga setempat dan menjadi tarikan pelancong ke Terengganu.


Bagaimanapun, keadaan menjadi agak tidak terurus apabila para penjaja mengambil tempat letak kereta yang disediakan pihak Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) untuk berniaga.


Sehubungan itu, Angkatan Muda KEADILAN Cabang Kemaman mahu pihak berkuasa tempatan menyediakan lot perniagaan yang sesuai bagi memudahkan para penjaja dan pengunjung pantai berkenaan.


"Suasana yang tidak kondusif sejak akhir-akhir ini di Pantai Teluk Mak Nik apabila sering berlaku kesesakan yang teruk dan telah membawa banyak masalah kepada pengunjung serta pelancong yang singgah di sana.


"Ini berlaku kerana para peniaga terpaksa mengambil tapak letak kereta untuk mendirikan gerai mereka kerana ketiadaan tapak perniagaan yang sempurna.


"Ini menyebabkan kekurangan tempat letak kereta dan mengundang kesesakan di kawasan pantai.


"AMK Kemaman dengan ini mengesa pihak Majlis Perbandaran Kemaman untuk segera menyelesaikan masalah ini. MPK mesti menyediakan tapak perniagaan yang bersesuaian bagi peniaga. Di samping itu, pihak MPK juga harus menyediakan tapak letak kereta yang lebih baik bagi keselesaan para pengunjung," ujar AMK Kemaman.


Menurut kenyataan Unit Penerangan AMK Kemaman itu lagi, kemudahan di Pantai Teluk Mak Nik perlu ditingkatkan sama ada dari segi riadah atau berniaga bagi menambah bilangan pengunjung dan berupaya menyumbang kepada ekonomi penduduk setempat pada masa hadapan.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page