top of page

Sedia persekitaran selamat untuk wanita, kanak-kanak - Anfaal Saari



Oleh: Azuan Ab Rahman


Semua pihak digesa menyediakan persekitaran yang selamat khususnya kepada wanita dan kanak-kanak di semua kawasan.


Gesaan itu disuarakan Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat negeri Selangor Anfaal Saari dalam satu kenyataan susulan insiden cabul terhadap seorang kanak-kanak perempuan dalam sebuah masjid di Batang Kali minggu lalu.


Prihatin dengan nasib kanak-kanak berkenaan, beliau turut meminta Jabatan Kebajikan Masyarakat memberi khidmat kaunseling percuma kepada mangsa untuk menangani trauma.


"Saya kesal dengan kenyataan sesetengah pihak yang menyatakan bahawa wanita sepatutnya hanya solat di rumah. ⁠


"Sebaliknya, kita perlu menyediakan persekitaran yang selamat untuk wanita dan kanak-kanak, bukan menghalang terus mereka daripada keluar rumah.


"Semoga mangsa berada dalam keadaan yang sihat dan sejahtera daripada segenap aspek sama ada fizikal, mental, emosi mahupun spiritual. Semoga masjid serta seluruh Selangor menjadi tempat yang selamat untuk semua," kata ADN Taman Templer itu dalam satu kenyataan.


Pada 21 Februari lalu, tular di media sosial insiden cubaan merogol kanak-kanak perempuan dalam ruang solat jemaah wanita di Masjid Jamek sekitar waktu Subuh.


Susulan itu, lelaki warga tempatan berusia 19 tahun yang disyaki mencabul mangsa ditahan pada hari sama dan kini direman tujuh hari sehingga 28 Februari.


Suspek yang disahkan memiliki kad Orang Kurang Upaya (OKU) masalah pembelajaran direman mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.


Anfaal sementara itu menggesa masyarakat untuk tidak mempunyai stigma negatif terhadap golongan orang kurang upaya (OKU) susulan kes ini.


Bagaimanapun tegasnya, kad OKU tidak mengecualikan pelaku daripada dikenakan tindakan bahkan percaya polis melakukan siasatan yang terbaik untuk memastikan keadilan tertegak.


"Semua pihak perlu melakukan usaha untuk menjaga golongan OKU seperti itu supaya mereka tidak melakukan sesuatu yang membahayakan diri sendiri dan orang lain atas ketidakwarasan mereka.


"Insya-Allah, dengan tertubuhnya Yayasan Insan Istimewa Selangor (YANIS) pada tahun ini, Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk melebarkan lagi inisiatif untuk golongan OKU yang mencakupi juga OKU dewasa dan memberi manfaat kepada pelbagai lagi kategori OKU," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page