top of page

Sedia keluar Johor tinggal di Kelantan satu fitnah - Hassan Karim



Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menafikan beliau pernah mengeluarkan kenyataan sedia untuk meninggalkan negeri Johor dan duduk di Kelantan berhubung pendapatnya mengenai penetapan cuti hujung minggu pada Sabtu dan Ahad tempoh hari.


Menurut Hassan, hantaran di media sosial yang menyiarkan gambar beliau adalah palsu dan direkayasa oleh pihak tidak bertanggungjawab.


"Saya Hassan Abdul Karim tidak pernah membuat kenyataan bahawa saya sedia keluar dari Johor tinggal di Kelantan.


"Saya ahli Parlimen Pasir Gudang. Saya akan berkhidmat kepada rakyat Pasir Gudang dan kekal tinggal di Johor.


"Saya rakyat Johor yang setia. Rakyat Malaysia yang setia.


"Saya menghormati institusi Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen," katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurut Hassan lagi, sebagai rakyat Johor beliau menghormati titah Pemangku Sultan Johor berkenaan cuti hari Ahad bermula Januari 2025, menggantikan cuti pada Jumaat sebelumnya.


Bagaimanapun, katanya, sebagai Ahli Parlimen beliau mempunyai hak untuk menyatakan pandangan peribadi berhubung penetapan cuti berkenaan.


Katanya, pendapat beliau hanyalah meraikan hak bersuara dalam sistem demokrasi dan tidak berniat untuk mencabar sesiapa.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page