Oleh: Akmal Manaf
Keganasan rejim Israel di Palestin melampaui batasan kemanusiaan apabila beratus ratus rakyat Palestin gugur syahid pada setiap hari sejak Oktober 2023 apabila operasi ketentaraan rejim zionis bermula di Semenanjung Gaza.
Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan demikian dalam sisi penerangan khas kepada Dewan Rakyat pagi tadi.
"Secara purata, 118 rakyat Palestin terkorban dan 277 lagi cedera setiap hari sejak Oktober 2023.
"Situasi Gaza malangnya terus meruncing.. seperti mana saya tegaskan.. keganasan itu tanpa henti, dan dengan dukungan langsung dan tidak langsung dari negara-negara sekutu Israel," katanya.
Dalam pada itu, beliau yang juga Menteri Kewangan memaklumkan, Malaysia telah menyumbang bantuan kewangan tambahan berjumlah AS$5.2 juta (RM22.7 juta) kepada Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) bagi menjalankan misi kemanusiaan di Semenanjung Gaza.
Bantuan tersebut dihulurkan bertujuan meringankan beban dan membantu mangsa-mangsa kekejaman Israel.
Comments