top of page

Sebar maklumat tepat, berfakta kejayaan kerajaan di desa, luar bandar



Negara menghadapi masalah lambakan maklumat tidak benar yang mengganggu kelancaran Kerajaan Perpaduan untuk memulihkan ekonomi, politik dan sosial.


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, maklumat tepat atau berfakta termasuk mengenai ekonomi negara perlu diketahui dan disebarkan bukan sahaja kepada rakyat berpendidikan tetapi juga warga desa dan luar bandar.


"Saya sengaja minta kawan kawan di kampung tahu, jangan ekonomi harus difaham oleh orang cerdik pandai sahaja. Kalau kita ada maklumat, kita tidak akan terus ditipu. Dia (kerajaan PN) buat hutang banyak, defisit dia tak cerita, yang dicerita apa kita perlu bagi.


"Hutang RM1.5 trilion. Kalau kita sebagai keluarga gaji RM5,000 sebulan, hutang RM 1juta, nak pulih itu bukan mudah.


"Apa defisit, maknanya pendapatan kurang daripada perbelanjaan. Gaji RM5,000, tetapi perbelanjaan RM7,500. Kita tanggung defisit 5.6%.


"Apa kita lalukan dalam Jemaah Menteri? Kita kata jangan hutang lagi kerana jika hutang siapa akan bayar, anak anak kita. Anak lahir, tanggungjawab pertama mereka bayar hutang," katanya dalam ucapan di majlis Pelancaran Sentuhan Kasih Desa di Nilai, Negeri Sembilan, pagi tadi.


PM bersama TPM DS Zahid, Menteri Pertahanan DS Mohamad dan MB DS Aminudin Harun merasmikan majlis menggunakan replika kacip pinang

Menurut PM, kerajaan yang dalam usaha mengurangkan defisit terpaksa memotong perbelanjaan projek mega yang tidak penting.


Bagaimanapun, ujarnya, belanja pembangunan untuk rakyat dan kemudahan awam tetap diteruskan.


"Kita potong projek mega kurang mendesak. Jadi kita putuskan tambah untuk bidang pendidikan RM2 bilion dalam keadaan susah.


"Kita nak pastikan tandas sekolah diperbetulkan. Apa jenis negara bercakap ekonomi hebat, gaji menteri, duta khas semua tinggi tetapi tandas sekolah tak boleh kita baiki. Jadi saya kata kita mesti selesaikan masalah tandas sekolah anak kita. Saya pengalaman di Port Dickson, hampir tak ada sekolah yang tandasnya tak rosak.


"Apa lagi kita buat? Melalui Dr Zaliha (Menteri Kesihatan), kita baiki semua klinik desa. Berapa jumlah? RM1.4 bilion baik pulih," kata Anwar.


Di samping itu, tambah PM, Kerajaan Perpaduan juga mengamalkan sepenuhnya tatakelola baik yang mana pembelian peralatan pertahanan atau persenjataan di Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam negeri yang kontroversi sejak puluhan tahun lalu kerana sering dikaitkan dengan komisen tokoh tokoh politik kini dibeli terus oleh Kementerian di bawah penilaian pakar pakar.


Fakta itu, kata PM, amat perlu disampaikan oleh jentera kerajaan kepada orang kampung dan masyarakat sub bandar yang sejak kebelakangan ini menjadi mangsa permainan propaganda pembangkang.


"Orang (pegawai kerajaan) Kemas, Felda, Jakoa, Kerajaan Negeri ini semua mesti menjadi jentera yang taat dan bertanggungjawab juga tahu yang benar dan yang palsu.


"Ini masalah kita, tak bolehkah perbezaan politik jangan jadikan senjata fitnah?


"Bila kita kurang subsidi letrik (kepada orang kaya) dia kata bebankan rakyat. Kita kurang kepada siapa? Yang guna 1500 Kwj sehari. Siapa yang guna banyak itu? Rumah rasmi PM Seri Perdana, yang itu memang guna banyak itu.


"1% sahaja (daripada pemegang akaun TNB), yang hadir beribu ini seorang pun tak terlibat naik elektrik. Siapa yang putus naik elektrik? Kerajaan PN dulu. Mereka buat keputusan, kita terpaksa naik elektrik 2023. Nasib baik Allah selamatkan, kita ambil alih. Payah naik elektrik kerana Kerajaan perpaduan ambil alih," katanya.


Menikmati juadah kampung, satu tarikan pelancongan utama di N Sembilan

Menjelang Pilhan Raya Negeri Sembilan pada bulan hadapan, Anwar mengingatkan agar rakyat tidak termakan fitnah sebagaimana Pilihan Raya Umum lalu yang mana PN berkata Islam akan bermasalah sekiranya bukan perikatan itu memerintah, sedangkan keadaan sebaliknya berlaku.


"Bila kita ambil alih sekular semua padahal Jakim dan program Islam bertambah dan pengaruh mereka lebih luas.


"Di Perlis ada kata kalau PH dan BN ambil alih anak anak habis buka tudung pakai skirt, macam ahli parlimen dok tengok pakaian jururawat.


"Kita tengok elok sahaja, dia tengok ikut mana tak tahu. Ini penyakit. Lebai lebai ini kadang kadang kena jaga jaga, saya tengok (pakaian) sopan tutup aurat, dia agaknya teropong sampai ke dalam," kata Anwar sinis.


0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page