top of page

Sebahagian Jalan Masjid India dibuka semula kepada orang awam



Sebahagian Jalan Masjid India, Kuala Lumpur yang terlibat dengan insiden tanah jerlus hingga mengakibatkan seorang pelancong wanita warganegara India hilang telah dibuka semula kepada orang awam.


Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan berkata, laluan yang dibuka termasuk kawasan berhampiran pondok polis Jalan Masjid India dan lorong antara premis perniagaan berkuat kuasa 10 November lepas.


"Pembukaan dibuat setelah kerja-kerja pembaikan dan penyiasatan tanah di kawasan tersebut berjaya diselesaikan.


"DBKL menghargai kesabaran dan kerjasama yang telah diberikan oleh orang ramai serta pihak berkepentingan sepanjang tempoh kerja ini dijalankan," kata DBKL dalam kenyataan hari ini.


Pada 23 Ogos lalu, seorang wanita India hilang selepas terjatuh ke dalam lubang sedalam lapan meter dalam satu kejadian tanah mendap di Jalan Masjid India.


Operasi mencari dan menyelamat yang dilakukan pelbagai agensi bagaimanapun gagal menemui wanita tersebut.


DBKL dalam kenyataan itu berkata kawasan 'ground zero' iaitu lokasi kejadian tanah jerlus berhampiran Wisma Melayu masih ditutup untuk kerja-kerja pembaikan yang giat dijalankan.


"Berdasarkan prestasi kerja di tapak, kawasan ground zero ini dijangka dibuka sepenuhnya menjelang hujung Disember 2024 berbanding jangkaan awal pada Februari 2025.


"DBKL komited memastikan kerja-kerja ini dapat diselesaikan dengan selamat dan menyeluruh," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page