top of page

SBP sudah sedia terima 70 peratus pelajar aliran STEM - Fadhlina



Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyambut baik cadangan Perdana Menteri supaya 70 peratus pelajar sekolah berasrama penuh (SBP) memilih aliran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) mulai tahun hadapan.


Menterinya Fadhlina Sidek berkata, cadangan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan perkara itu adalah selari dengan dasar yang sedang dilaksanakan kementerian.

"Memang keutamaan di SBP ini adalah aliran STEM yang sedang kita naik taraf ataupun perbaiki, dan juga memberikan tumpuan kepada STEM A (Sains Tulen) dan B (Sains Teknologi).


"Secara keseluruhan kita telah pun bersedia, SBP tidak ada masalah kerana memang keutamaan adalah aliran STEM, tetapi kita akan bagi tumpuan lebih sedikit kepada STEM A, Sains Tulen.


"Ini kerana pilihan Sains Tulen itu memberikan kesan langsung kepada keseluruhan (pemilihan aliran STEM)," katanya dipetik kepada pemberita di Program Santuni MADANI Menteri Pendidikan di Kampung Kuak Hulu, di Perak pada Ahad.


Perdana Menteri baru-baru ini memaklumkan kerajaan menetapkan syarat baharu supaya 70 peratus kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan Empat mulai tahun depan mesti daripada aliran STEM.


Sementara itu menurut Fadhlina, pihaknya akan meningkatkan kerjasama rentas kementerian dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi memperkasakan pembudayaan STEM di semua jenis sekolah dan setiap peringkat.


"Kita memerlukan ekosistem pembudayaan STEM yang bermula di peringkat sekolah dengan sokongan dan motivasi daripada guru-guru. Ini penting untuk memastikan aspirasi STEM dapat direalisasikan dengan berkesan," tambahnya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page