top of page

Satelit Penderiaan Jauh Negara dijangka beroperasi awal 2028



Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menjangkakan setelit dibangunkan menerusi Pembangunan Satelit Penderiaan Jauh Negara (PSPJN) dijangka beroperasi seawal 2028


Menterinya, Chang Lih Kang di Dewan Rakyat pada Rabu memaklumkan mesyuarat Jemaah Menteri pada 2019 lalu telah meluluskan program PSPJN yang akan dilaksanakan melalui kaedah kerjasama awam–swasta.


Pada tahun lalu pula Kerajaan Perpaduan telah bersetuju meluluskan cadangan Hala Tuju Program PSPJN dengan beberapa penambahbaikan.


"Ini bagi memastikan tahap kejayaan program yang lebih tinggi dan berupaya memberi impak lebih meluas kepada pertumbuhan ekonomi dan keupayaan negara sebagai peneraju teknologi angkasa pada peringkat serantau," katanya dipetik.


Beliau sebelumnya menjawab soalan seorang Ahli Parlimen berhubung pelaksanaan program di bawah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) itu sama ada akan menggunakan model kerjasama awam–swasta tanpa peruntukan khas dalam belanjawan negara.


MOSTI menerusi satu kenyataan pada Januari lalu berkata, JSPJN adalah kesinambungan usaha bagi memperkukuh industri angkasa negara selaras Dasar Angkasa Negara 2030 (DAN2030).


Tujuan PSPJN adalah untuk memperkasa pemilikan data-data strategik negara melalui pengendalian sendiri satelit negara sekaligus mengurangkan kebergantungan kepada sumber data dan teknologi satelit luar sekaligus memastikan kedaulatan dan keselamatan negara diperkukuhkan melalui sektor teknologi angkasa.


Selain itu program itu dapat memperkasa kepakaran tempatan serta merangsang pertumbuhan industri angkasa sebagai sumber ekonomi baharu negara.

0 comments

Comentarii


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page