top of page

Sasaran pengurangan defisit boleh dilakukan kerajaan - Anwar




Defisit belanjawan yang tinggi sejak dua dekad kebelakangan boleh dikurangkan jika pentadbiran kerajaan lebih telus dan kewangan dirancang secara rapi.


Hal berkenaan dijelaskan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH - Tambun) dalam sesi soal jawab Perdana Menteri di Dewan Rakyat sebentar tadi.


Menurut PM dan Menteri Kewangan itu, sasaran pengurangan defisit dari 5.6% pada 2022 kepada 3.2% 2025 bukanlah mustahil utuk dilakukan.


"Dua pertimbangan, pertama belanjawan harus bertanggungjawab tetapi harus mengembang juga. Kita harus merangka sesuatu supaya menjaga perimbangan mengurangkan defisit dari 5.6% kepada 5% tahun ini dan 2025, 3.2%.


"Tetapi dalam masa sama dia mengembang. Perbelanjaan pembangunan RM95 bilion (tahun lalu) sekarang ini RM97 bilion, perbelanjaan mengurus RM272.3 bilion kepada RM289.1 bilion.


"Defisit fiskal berbanding KDNK kita harus ambil kira kutipan hasil KDNK sebenar untuk 2022 melebihi unjuran yang dibuat pada 7 Oktober (pembentangan bajet tahun lalu). Unjuran hasil tahun lalu RM234 bilion, sekarang penambahan RM294 bilion.


"LHDN menunjukkan jumlah yang lebih, termasuk orang membayar cukai lebih bertanggungjawab dalam 2 - 3 bulan pertmbahan hasil ketara. Harga minyak meningkat dan ketiga, hasil tidak disebut dalam belanjawan diperolehi dari Ipic (pampasan kewangan berkaitan 1MDB) yang diumum dalam parlimen," katanya menjawab soalan dari Ahli Parlimen Dr Taufiq Johari (PH - Sungai Petani).


Selain itu menurut Anwar, penjimatan juga boleh dilakukan apabila wang kumpulan Covid 19 untuk 2022 dibelanjakan RM10 bilion namun untuk tahun 2023 masih belum dibelanjakan kerana kes yang telah menurun.


Dana diperolehi dari pampasan Ipic yang terlibat dalam urusniaga meragukan 1Malaysia Development Berhad sebanyak AS$1.8 bilion, serta wang berkaitan hutang 1MDB yang perlu dibayar secara one off tahun ini dan tidak tahun hadapan.


Mengenai apakah penjimatan mengurangkan defisit itu akan mengurangkan peruntukan untuk kebajikan rkayat, Anwar tidak bersetuju.


Katanya, hasil akan bertambah kerana polisi subsidi bersasar dan tindakan kerajaan memotong subsidi tenaga elektrik daripada syarikat besar yang menjimatkan beberapa bilion.


"(Bagi) kebajikan rakyat juga bertambah. Sumbangan tunai Rahmah, RM3,100 seisi rumah disediakan dengan tambahan RM600 barangan keperluan asas untuk isi rumah miskin tegar.


"Bantuan pesawah RM200 untuk tempoh 3 bulan yang disediakan pertama kali tahun ini.


"Pekebun kecil getah (menerima lebih bantuan). Yang dibangkitkan naik 20 sen sekilo (harga jualan susu getah) pertama kali, sebelum itu tidak naik selama 3 tahun.


"Di samping ada bantuan khas musim tengkujuh dinaikkan dari RM600 ke RM800 setiap orang. Naik harga getah, naik pendapatan penoreh," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page