top of page

'Sarawak negeri paling kaya, Pusa daerah paling miskin'



Pemerintahan Gabungan Parti Sarawak (GPS) selama 58 tahun telah mensia siakan rakyat apabila Sarawak diakui sebagai negeri paling kaya hasil bumi tetapi terdapat daerah yang rakyatnya paling miskin seperti Pusa.


Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian ketika berkempen di DUN Beting Maro, semalam.


"Bila pejuang kemerdekaan kita minta merdeka negeri, tetapi kemerdekaan rakyat bagaimana?


"Sarawak negeri paling kaya (hasil bumi) tetapi bila rakyatnya, di Pusa, paling miskin. Tetapi bila Yang Berhormat (YB) datang, (rakyat) cium tangan. Apa jenis manusia begini?


"Orang ambil tanah kita, terima kasih (cium tangan). Ambil balak, projek jalan patut kos RM10 juga dia ambil RM30 juta.


"Siapa yang sokong Datuk Najib (ketika menjadi PM), siapa? Siapa yang sokong kerajaan Melayu Islam, ada Umno, Bersatu, Pas. Masa dulu zaman BN, cabutan judi 22 kali seminggu. Mari PH, masa perintah turun 8. Sekarang di bawah Umno, Bersatu, Pas, naik balik 22 kali. Tetapi kalau bersyarah. Allahuakbar. Ini wayang ke sandiwara?


"Kerana itu pilihan raya ini jangan jadi kelompok tokey balak; satu kelompok sokong GPS, satu kelompok sokong PSB, kita yang dapat habuk ni, tak dapat pembangunan diminta sokong salah satu.


"Saya kata, tolak kedua duanya. Sokong KEADILAN," kata Anwar disambut tepukan gemuruh hadirin.


Anwar juga sempat secara sinis berkata beliau fikir datang ke DUN Beting Maro menaiki perahu usang kerana terhuyung hayang sepanjang perjalanan berikutan kualiti jalan yang amat buruk.


"Ya, tadi saya tidak tahu saya naik kereta atau naik perahu. Saya fikir saya naik perahu, Huyung-ayang. Saya naik perahu sebab sepanjang jalan huyung hayang.


"Ini sebabnya bila datang pilihan raya rakyat diperbodohkan. Yang rampas hak kita orang Semenanjung, orang Melanau ada, Iban ada. Sama sahaja, bila ada kuasa menyamun. Nama YB, kerja samun.


"Ini yang kita minta, terutama anak anak muda, ini masa depan saudara. Takkan dengan RM200 jual maruah? Orang bagi RM200 ambil, suruh pakai baju, pakai. Pakai untuk tidur, bukan untuk kerja. Gunalah kebijaksanaan," katanya.


Anwar turut beberapa kali menekankan bahawa daerah Pusa antara 10 yang paling miskin di Malaysia.


Kata beliau, tiba masanya penduduk Beting Maro berubah terutama anak anak muda yang masa hadapan mereka masih panjang.


"Kalau kita nak menang kita kena ada semangat dan daya tahan jangan biar dipijak. Apa jaminan anak anak kita? 60 tahun merdeka apa perubahan?


"Saya percaya Abang Zulkifli jadi wakil rakyat bukan nak beri seorang sejuta. Kita tidak tipu janji tetapi nak pastikan dana tidak dicuri. Tengok jadi YB pun kaya raya.


"Saya naik feri, jumpa drebar lori, dia kata kepada saya, Datuk Seri, saya naik feri hari hari, YB tak pernah turun kereta jumpa kami. Saya kata macam mana ini? Boleh menang lagi kah?


"Kalau sikap kita sombong begitu, tak pikir masalah orang bawah, bagaimana nak bela mereka?" kata Anwar lagi.


0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page