top of page

Jelapang padi Sarawak: Penglibatan koperasi pertanian perlu diperluaskan



Penglibatan kerajaan Sarawak memberi galakan besar besaran menjadikan negeri itu sebagai jelapang padi kedua negara merupakan usaha yang strategik.


Menurut Ahli Pimpinan KEADILAN Sarawak, Abang Zulkifli Abang Engkeh, kenyataan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wiayah Sarawak, Dr Stephen Rundi baru baru ini untuk mencari cara terbaik bagi meningkatkan pengeluaran padi patut disokong oleh semua pihak selepas Primier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg meluluskan peruntukan RM1bilion untuk tujuan berkenaan.


Kata Abang Zulkifli, sekiranya tanaman padi diberi tumpuan maka keperluan 60% beras Sarawak yang kini diimport akan dapat dikurangkan.


"Dalam hal ini rakyat terutama sekali yang menetap di kampung dan kawasan pedalaman harus berperanan menggunakan tanah tanah terbiar untuk menanam padi bagi keperluan sendiri," katanya dalam satu kenyataan.


Namun menurut Abang Zulkifli lagi, cara yang lebih efisien untuk meningkatkan tanaman padi adalah dengan penglibatan koperasi-koperasi pertanian yang berdaftar.


"(Dalam hal ini) ahli dan pengurusan koperasi harus dilatih (terlebih dahulu) dan diberi peluang untuk melibatkan diri. Selain daripada meningkatkan pendapatan koperasi, penglibatan mereka juga akan membantu kerajaan menangani masalah kekurangan beras dalam negeri.


"Kerajaan juga patut terus memberi galakkan kepada petani petani traditional di samping berusaha membangunkan ladang-ladang berskala besar serta berteknologi tinggi," katanya.


Selain itu, Abang Zulkifli yang juga Pengerusi Koperasi Lubuk Tamang Berhad itu juga menyarankan agar ladang-ladang padi sedia ada seperti di Tanjung Bijat Sri Aman dan di Gedung Sarawak terus diberi perhatian dan ditingkatkan kemampuannya.


"Kedua-dua ladang ini masih dilihat sebagai indah khabar dari rupa.


"Usaha yang murni itu harus mencapai hasrat yang diimpinkan. Jika kelewatan dan kegagalan berpunca dari penyalahgunaan kuasa, rasuah dan ketirisan maka Kerajaan harus bertindak dengan wajar.


"Jika kelewatan dan kegagalannya berpunca dari kelemahan tatakelola, maka Kerajaan harus segera memperbetulkannya," kata Abang Zulkifli lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page