top of page

Sarawak bantu bangunkan Kedah: Cadangan Tun M tidak masuk akal



Oleh: Akmal Manaf


Cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad agar Sarawak membantu membangunkan negeri lain seperti Kedah adalah sesuatu yang tidak masuk akal.


Menurut Senator Abun Sui Anyit, tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia sesebuah negeri menghulurkan rizab negeri atau sebarang dana dalam membangunkan negeri lain.


Ahli Dewan Negara itu berkata, Kerajaan Negeri juga tidak mempunyai sebarang tanggungjawab untuk membantu Kerajaan Negeri lain kecuali mengarahkan syarikat berkaitan kerajaan melakukan pelaburan ke negeri jiran di atas pertimbangan tertentu.


Oleh itu, beliau yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN Malaysia menegaskan, saranan bekas Perdana Menteri berkenaan tidak boleh diikuti oleh Sarawak.


"Saya menyokong jawapan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg terhadap pertanyaan saranan Mahathir kepadanya.


"Saya tidak setuju dengan Mahathir dalam hal ini kerana banyak lagi kawasan di Sarawak terutamanya di pedalaman yang perlu dimajukan.


"Bukan menolong Kedah tetapi membantu kawasan Sarawak yang masih banyak mundur," katanya dalam satu kenyataan.


Dalam kenyataan sama, Abun Sui yang juga Ketua Cabang KEADILAN Hulu Rajang mengulangi saranannya agar simpanan Sarawak berjumlah RM40 bilion digunakan semaksimumnya untuk memajukan negeri berkenaan secara menyeluruh.


"Bukan (memajukan) hanya di tempat-tempat tertentu sehingga (kawasan) pedalaman seperti Belaga dan Baram terus diabaikan.


"Ia (memajukan kawasan pedalaman) perlu disegerakan agar negeri- negeri lain tidak mengharapkan bantuan daripada Sarawak seperti saranan Tun Mahathir yang sukar diterima oleh rakyat Sarawak," ujarnya lagi.


Sebelum ini Mahathir berkata, Sarawak yang kini mencapai status berpendapatan tinggi seharusnya membantu negeri yang mundur untuk membangun.


"Sarawak sudah jana banyak wang. Belanjawannya RM11 bilion – sangat tinggi, berbanding Kedah, yang bajetnya hanya RM700 juta," kata Mahathir dalam wawancara dengan FMT.


Dalam laporan sama, FMT mendedahkan status Sarawak sebagai negeri berpendapatan tinggi apabila kiraan oleh kakitangan Bank Dunia di Malaysia disiarkan dalam talian pada Julai menunjukkan pendapatan negara kasar per kapita negeri itu berkedudukan keempat tertinggi dengan AS$16,560).


Negeri lain ialah Kuala Lumpur (AS$29,967 atau RM141,144), Labuan (AS$19,117 atau RM90,041), Pulau Pinang (AS$16,660 atau RM78,468) dan Selangor (AS$14,291 atau RM67,310).


Ahli ekonomi Bank Dunia, Apurva Sanghi, yang menyiarkan data itu menyatakan Sarawak mempunyai pendapatan tinggi tetapi juga kadar kemiskinan yang tinggi iaitu sebanyak 10.8% pada 2022

0 comments

Opmerkingen


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page