top of page

Urus beras: Sanusi selesaikan isu asas negeri Kedah dahulu - Dr Taufiq



Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor digesa menyelesaikan isu-isu asas di negeri itu sebelum menuntut kuasa tambahan menguruskan tanaman dan industri padi dari Persekutuan.


Ketua Angkatan Muda Keadilan Kedah, Dr Mohamad Taufiq Johari berkata, di bawah pentadbiran Sanusi banyak perancangan termasuk projek mega telah diumumkan namun sehingga kini gagal dilaksanakan.


Antaranya menurut beliau, projek Langkasuka di Langkawi dengan nilai pelaburan RM40 bilion yang sepatutnya menjadi pemangkin kemajuan pulau tersebut, selain pembinaan litar lumba antarabangsa dan stadium di Sungai Petani yang dijanjikan kepada rakyat.


"(Perkara sebegini) menimbulkan persoalan sama ada pentadbiran (Sanusi) benar-benar mampu menguruskan projek berskala besar atau sekadar gah berjanji tetapi gagal menunaikan komitmen.


"Apabila dipersoalkan mengenai kegagalan projek-projek ini, Sanusi dengan mudahnya mencuci tangan dan menyatakan bahawa projek tersebut adalah inisiatif syarikat swasta dan bukan bawah tanggungjawab Kerajaan Negeri.


"Jika pengurusan tanaman dan industri padi diserahkan kepada beliau dan menghadapi kegagalan yang berkemungkinan besar berdasarkan rekod prestasi beliau, adakah Sanusi sekali lagi akan menyalahkan pihak lain dan mendakwa ia bukan tanggungjawab Kerajaan Negeri?" soal Ahli Parlimen Sungai Petani itu.


Sanusi dipetik laporan media menggesa agar kuasa menguruskan tanaman dan industri padi diberikan kepada Kerajaan Negeri. Dakwanya, dengan cara itu lebih mudah untuk menangani dan memulihkan isu kekurangan bekalan beras tempatan.


Sementara itu Taufiq menegaskan, rakyat mahukan pemimpin yang bertanggungjawab dan berani menanggung akauntabiliti, bukan sekadar membuat tuntutan tetapi enggan memikul amanah apabila sesuatu tidak berjalan seperti dirancang.


"Sedangkan sebelum ini, dalam isu air Kerajaan Negeri gagal menyediakan pelan penyelesaian yang berkesan untuk rakyat, apatah lagi mahu mengambil alih sektor penting seperti tanaman dan industri padi yang melibatkan keterjaminan makanan negara," kata Dr Taufiq lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Bình luận


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page