top of page

Sambutan Ulang Tahun ke 50 Malaysia-China detik penting - Fahmi



Sambutan Ulang Tahun ke-50 Penubuhan Hubungan Diplomatik antara Malaysia dan China disifatkan sebagai saat penting untuk diraikan.


Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, sambutan itu amat bermakna setelah jalinan hubungan kedua-dua negara sejak 50 tahun dimulakan Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein dalam kunjungan ke China pada 1974 kini membuahkan hasil.


"Bagi saya, ia merupakan saat yang sangat penting untuk kita raikan, malah juga untuk melihat jauh ke depan apa yang boleh kita bina bersama di samping memastikan rantau Asia Tenggara semakin makmur dan aman dengan hubungan yang erat terutamanya antara Malaysia dengan China.


"Seperti disebut Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim), satu hubungan yang menyeluruh dan strategik, sebagai kerjasama komprehensif dan strategik, dan sekarang China merupakan negara dagang utama bagi Malaysia sejak 15 tahun yang lepas," katanya dipetik.


Jurucakap Kerajaan Perpaduan itu ditemui pemberita menghadiri majlis makan malam bagi sambutan Ulang Tahun ke-50 Penubuhan Hubungan Diplomatik antara Malaysia dan China di Kuala Lumpur malam tadi.


Mengulas mengenai peranan Malaysia sebagai pengerusi ASEAN bermula tahun depan, Fahmi berkata beliau percaya dengan kepengerusian ASEAN dan hubungan erat antara Malaysia dan China, bakal memberikan impak yang baik terhadap pakatan negara-negara itu.


Malaysia akan mengambil alih jawatan pengerusi ASEAN daripada Laos tahun depan.

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page