Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani memberansangkan
- Redzuan Shamsudin
- Apr 30, 2023
- 1 min read

Sabutan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Malaysia Madani yang diadakan di Kedah semalam amat memberansangkan.
Penyelaras DUN Gurun, Firdaus Johari berkata majlis tersebut juga memberi peluang kepada pemimpin KEADILAN dan Pakatan Harapan Kedah untuk bertemu menteri Kerajaan Persekutuan serta mengeratkan lagi hubungan kerja antara negeri dan pusat.
"Alhamdulillah, pada 8 Syawal saya berpeluang untuk sama-sama menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Malaysia Madani bertempat di Hotel Raia Convesyen Centre, Alor Setar.
"Berkesempatan untuk bertemu dan beramah mesra dengan pimpinan utama negara, pimpinan parti, NGO serta rakan-rakan seperjuangan.
"Sambutan yang diterima amat memberangsangkan daripada seluruh masyarakat pelbagai kaum yang turut sama menghadiri majlis tersebut," katanya dalam catatan di Facebook.
Comentarios