top of page

Sambutan pesta Ponggal besar besaran di Batu Uban hujung minggu ini


Pesta Ponggal KADUN Batu Uban cuba disenarai dalam Buku Rekod Malaysia - Foto Buletin Mutiara

Sambutan pesta Ponggal besar besaran akan diadakan di Batu Uban, Pulau Pinang pada esok, Ahad 19 Januari.


‘Pesta Ponggal Madani & Kebudayaan Kadun Batu Uban’ itu dianjurkan oleh ADUN Batu Uban, A Kumaresan dan akan berlangsung dari 2 petang hingga 10 malam di Kompleks Belia dan Sukan Batu Uban.


Menurut beliau, salah satu tarikan utama pesta itu ialah percubaan untuk menyenaraikannya ke dalam Malaysia Book of Records (MBOR) dengan membina Periuk Ponggal berukuran 15 x 15 kaki yang dihiasi 200 kg bunga segar.


Pesta juga, katanya, menyediakan perarakan sejumlah 20 kereta lembu yang akan menempuh jarak 2 km dari Minden Heights ke tempat acara.


"Pengunjung berpeluang menaiki kereta lembu di dalam perkarangan Kompleks Belia dan Sukan Batu Uban.


"Sambutan Ponggal ini akan menyerupai ‘thiruvizha’ (perayaan tradisional). Program lain termasuk pertandingan mengikat bunga, pertandingan hiasan ‘kuttu villuku’ (lampu India), pertandingan ‘uriyadi’ (pecah pasu) dan banyak lagi.


"Pertandingan memasak Ponggal juga akan diadakan untuk 300 peserta yang mempamerkan kemahiran masakan mereka dalam menyediakan hidangan nasi manis tradisional, Ponggal," katanya dipetik Buletin Mutiara.


Menurut beliau lagi, hadirin juga boleh menyertai cabutan bertuah dengan 50 hadiah termasuk sebuah motosikal sebagai hadiah utama. Pendaftaran untuk cabutan bertuah akan dibuka dari jam 2 petang hingga 2.30 petang.


"Setakat ini, 1,000 peserta telah mendaftar untuk pertandingan permainan tradisional, dan kami menjangkakan 1,000 lagi melalui pendaftaran secara walk-in pada hari pesta.

"Kami menjemput semua orang, bukan sahaja masyarakat India tetapi rakyat berbilang kaum, untuk menghadiri sambutan Ponggal perpaduan ini. Datang dan sertai acara besar ini dan nikmatilah," katanya.


Sepuluh agensi kerajaan, termasuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga TEKUN Nasional, Unit Transformasi India Malaysia (MITRA), SME Corp, Bank Rakyat, Pertubuhan Keselamatan Sosial Malaysia (PERKESO), Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), Amanah Ikhtiar, Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia, akan menyediakan gerai pada majlis pesta masyarakat Tamil tersebut.

0 comments

Recent Posts

See All

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page