top of page

Sambutan Luar Biasa 2TM, Bukti Rakyat Buka Mata Inisiatif PMX



Oleh: Noraini Nordin


ULASAN: Wajah-wajah ceria membanjiri pameran ulang tahun ke 2 Kerajaan Madani yang telah berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur yang bermula 22 November 2024 dan 24 November 2024 lalu.


Pameran yang dibuka selama tiga hari bermula jam 9 pagi hingga 6 petang itu mendapat sambutan yang luar biasa daripada pelbagai lapisan masyarat dan umur.

Kehadiran hampir 400 ribu pengunjung ke program berprestij tersebut membuktikan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum berlapang dada meraikan dua tahun Kerajaan Madani .


Mereka sanggup meluangkan masa untuk melihat sendiri pencapaian Kerajaan Madani, juga ingin menyuarakan pandangan mereka secara terus dengan kerajaan melalui program tersebut.


Rakyat tahu menilai Kerajaan Madani


Penulis adalah antara puluhan ribu pengunjung yang membanjiri Program 2TM sebaik sahaja pintu pameran dibuka pada 22 November lalu.


Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memenuhi acara dan menyantuni pelbagai golongan melawat 2TM

Dan pada hari terakhir penulis sekali lagi mengunjungi Program 2TM untuk menikmati suasana meriah bersama lautan orang ramai yang hadir secara berkumpulan bersama keluarga dan teman-teman.


Pastinya niat kami sama iaitu mahu memaknai, menyantuni serta meraikan ulang tahun Kerajaan Madani yang diterajui oleh PMX.


Pengunjung daripada pelbagai peringkat usia dan bangsa tanpa menghiraukan kesesakan mahu menyaksikan serta menilai sendiri insiatif serta rancangan PMX pada masa depan untuk mensejahterakan kehidupan rakyat Malaysia.


Sikap positif rakyat

Bagi penulis sikap positif rakyat terhadap Kerajaan Madani adalah petanda bahawa mereka amat gembira bernaung di bawah pentadbiran PMX yang diketahui amat gigih memacu kebangkitan Malaysia ke arah yang lebih cemerlang.


Hakikat yang perlu disedari bukan semua rakyat menutup mata, memekak telinga secara melulu untuk menafikan apa yang telah Kerajaan Madani usahakan untuk memberi kehidupan terbaik kepada mereka.


Pengunjung saksikan sendiri


Program 2TM yang mengabungkan semua kementerian telah berkongsi informasi kepada rakyat berkaitan inisiatif, dasar baharu serta pencapaian dua tahun pentadbiran Kerajaan Madani.


Penulis (kanan sekali) tidak melepaskan peluang mengunjungi 2TM dan berswafoto dengan pengunjung

Kerajaan Madani bukan `omong-omong kosong’ atau `tong kosong’. Kerajaan Madani dengan berani telah mengundang rakyat menilai sendiri pencapaian serta memberi padangan serta idea secara langsung demi menambah baik perkhidmatan yang ditawarkan.


Menariknya, pengunjung yang datang bukan sahaja sekadar melawat pameran dari satu kementerian ke kementerian tetapi juga turut melibatkan diri dalam pelbagai acara yang berlangsung dengan semangat perpaduan serta harmoni.


Penulis sendiri teruja melihat betapa gembiranya pengunjung mendapat topi keledar baharu dengan cara menukar topi keledar lama mereka di kaunter-kaunter khas yang disediakan.


Sejumlah lima ribu topi keledar baharu bertukar tangan kepada pengunjung bertuah ‘buah tangan’ daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).


Di Kaunter Karnival Kerjaya MYFuture Jobs, golongan muda berpusu membuat pendaftaran untuk merealisasikan impian kerjaya yang menawarkan lebih tiga ribu peluang pekerjaan serta jawatan dalam pelbagai bidang.


Anak muda juga tertarik dengan E-Sport yang kini menjadi industri yang berkembang dan mempunyai potensi tinggi kepada belia.


Program 2TM telah memberi peluang kepada golongan muda untuk mengasah bakat serta peluang serta tournament di peringkat antarabangsa.


Selain itu, diskaun kompaun saman trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM), sehingga 60 peratus, Jualan Madani pula menawarkan 30 peratus barangan lebih murah daripada pasaran dapat menjimatkan kos perbelanjaan harian.


Reruai Kementerian Kesihatan turut mendapat sambutan kerana terdapat saringan kesihatan percuma serta pelbagai kemudahan yang disediakan khasnya untuk pengunjung kkasnya untuk warga emas.


Memori bermotivasi


Pastinya Program 2TM menjadi memori bermotivasi kepada pengunjung kerana setiap kementerian menawarkan pelbagai inisiatif serta kemudahan termasuklah Kementerian Pendidikan Malaysia.


Deklarasi Kuala Lumpur ditandatangani ke arah pembangunan lebih mampan di ibukota

Paling menarik pada hari kedua, orang ramai berpeluang bersemuka dengan PMX dalam sesi townhall yang meriah.


Selain PMX sebahagian besar Menteri Kerajaan Madani turut hadir meraikan pengunjung serta berswafoto dengan mereka.


Dengan semangat yang ditunjukkan oleh rakyat yang menyokong Kerajaan Madani diharap golongan yang berangan-angan untuk melihat PMX tumbang akan dilanda kekecewaan.


_____________________________________________________________________________

Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page