top of page

'Sambutan kumpulan sasar cukup baik, tambah keyakinan berkempen'



Penerimaan kumpulan sasaran yang cukup baik pada hari kedua kempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap menambah keyakinan calon Pakatan Harapan untuk meneruskan rentak kempen sehingga hari pengundian 6 Julai depan.


Hal itu dinyatakan oleh cikgu Joohari Ariffin ketika ditemui pemberita dalam jelajah di Kampung Sungai Kecil, Sungai Bakap petang tadi.


"Setakat ni saya rasa sambutan yang telah ditunjukkan oleh kumpulan sasar cukup baik. Itu menambah keyakinan saya untuk terus berkempen


"Setakat ini kita melawat ke kawasan dihuni pelbagai kaum dan saya gembira mendapati masyarakat menyambut kita dengan senang hati.


"Sambutan cukup baik dan saya harap perkara ini akan diteruskan," katanya.


Ditanya mengenai sebarang aduan penduduk berkenaan masalah di kawasan DUN berkenaan, Dr Joohari berkata hal itu adalah perkara biasa dan wajib ditangani sekiranya beliau diberi mandat pada 6 Julai nanti.


"Sedikit saya dengar (aduan). Komplen yang biasa kita tahu, kita mendengar. Kalau dilantik sebagai wakil rakyat itulah yang kita santuni, kehendak masyarakat.


"Itu bukan berlaku sehari dua (masalah penduduk) tetapi bertahun. Itu perlu diatasi kalau diberi mandat," katanya.


PH mempertaruhkan mantan pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara Dr Joohari Ariffin, (calon satu) bagi merampas kembali kerusi tradisi KEADILAN yang kecundang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023 lalu.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 2 Julai ini bagi tarikh mengundi awal dan 6 Julai sebagai hari mengundi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page