top of page

Sambutan Hari Merdeka: PM zahir penghargaan, anjur majlis apresiasi



Oleh: Abdullah Zaid


Perdana Menteri (PM) mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Perpaduan dan Kementerian Komunikasi atas kejayaan menganjurkan sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos lalu.


Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, Perdana Menteri menzahirkan rasa penghargaan kepada pasukan grafik manusia atau ‘human graphic’ atas komitmen memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan.


"Perdana Menteri menyatakan rasa terharu dan setinggi-tinggi tahniah kepada pasukan ‘human graphic’ yang merupakan pelajar-pelajar sekolah menengah dan IPT (Institusi pengajian tinggi).


"Beliau meminta suatu acara diusahakan untuk mengucapkan terima kasih kepada pasukan dan di peringkat Kementerian Komunikasi kita akan atur majlis apresiasi," katanya pada sidang media selepas pasca mesyuarat Kabinet, hari ini.


Pada masa sama, Fahmi juga menzahirkan penghargaan atas anjuran sambutan Hari Kebangsaan di peringkat negeri-negeri yang turut memeriahkan sambutan tersebut.


"Sambutan Hari Kebangsaan tidak hanya diadakan di Putrajaya tetapi di banyak negeri, ini adalah satu perlambangan semangat cintakan negara yang jelas dan perlu diteruskan lagi," ujarnya.


Untuk rekod sambutan bulan kemerdekaan bertemakan Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka, disemarakkan dengan perbarisan dan perarakan oleh 17,262 peserta, 57 kontinjen, 22 pasukan pancaragam, 343 aset darat, 37 aset udara serta 112 haiwan dalam perkhidmatan.


Sambutan tahun ini diserikan dengan keberangkatan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah buat pertama kali selepas Seri Paduka Baginda mengangkat sumpah jawatan serta ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 masing-masing pada 31 Januari dan 20 Julai lalu.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page