Majlis sambutan perayaan Deepavali anjuran bersama Persatuan Kebajikan Reformasi Negeri Johor (PKRNJ) dengan kerjasama Cabang Simpang Renggam dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Simpang Renggam telah berlangsung dengan meriahnya kelmarin di laman terbuka Gerai Awam Renggam.
Menurut satu kenyataan, orang ramai, anggota parti dan beberapa pertubuhan turut menghantar wakil meraikan jamuan berkenaan.
"Majlis ini berlangsung dengan penuh kemeriahan, melibatkan pelbagai lapisan masyarakat berbilang kaum.
"Ia bukan sahaja mencerminkan semangat muhibah tetapi turut mengukuhkan keharmonian serta perpaduan dalam kalangan komuniti setempat," kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu lagi, majlis berkenaan telah dihadiri oleh Pengerusi PKRNJ, Saiman Omar; Ustaz Mahmood Kassim selaku wakil Dr Maszlee Malik; Penolong Setiausaha PKRNJ, Hamdan Basiran; Ketua AMK Simpang Renggam, Raju Krishnan; Setiausaha KEADILAN Negeri Johor, Abdul Hamid Ali; mantan Ketua Cabang Keadilan Simpang Renggam, Wong Yung Chin serta Naib Ketua Cabang Simpang Renggam, Sukri Zakaria yang mewakili pimpinan Keadilan Cabang Simpang Renggam.
Turut hadir AJK PKRNJ, Sahabat Otai Reformasi Negeri Johor, ahli-ahli KEADILAN Simpang Renggam serta masyarakat setempat yang menyokong Pakatan Harapan Simpang Renggam.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa, diikuti ucapan daripada Pengerusi PKRNJ, Setiausaha KEADILAN Johor, dan wakil Dr Maszlee Malik.
Selepas itu, majlis diteruskan dengan jamuan mesra Rahmah dan penyampaian sumbangan bakul makanan kepada mereka yang layak.
Commentaires