top of page

Sambutan Aidilfitri KKM tidak mewah, artis terima saguhati ringan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 5 hours ago
  • 1 min read


Oleh: Akmal Manaf


Tuduhan Ketua Penerangan Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari bahawa majlis Aidilfitri Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melanggar prinsip reformasi Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan satu tohmahan dan taktik politik terdesak menjelang PRK DUN Ayer Kuning.


Ketua Penerangan Angkatan Muda Harapan (AMH), Ammar Atan (gambar) yang membidas Ahli Parlimen Pasir Mas itu bagaimanapun menyifatkan majlis sambutan Aidilfitri tersebut bukanlah sesuatu yang mewah.


Sebaliknya beliau berkata, sambutan itu diadakan secara sederhana, yang menyaksikan kompleks KKM menjadi lokasi acara berkenaan, dan bukannya dibuat di hotel atau dewan yang mahal.


''Perikatan Nasional (PN) mungkin tidak senang melihat sambutan dan penghargaan terhadap Kerajaan MADANI, lalu cuba putar belit fakta demi meraih simpati politik.


''Fitnah ini bukan sahaja menjatuhkan maruah majlis, tetapi memperlekeh pengorbanan petugas kesihatan yang selama ini menjadi benteng utama negara.


''Kalau benar ikhlas mahu membela rakyat, buktikan dengan fakta dan integriti, dan bukan dengan menabur fitnah demi undi,'' tempelak beliau.


Menurut Ammar lagi, terdapat satu perkara yang lebih penting iaitu kehadiran artis Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Mila Akademi Fantasia (AF) adalah secara sukarela dan tanpa bayaran.


Manakala katanya, penyanyi Datuk Jamal Abdillah pula hanya menerima saguhati ringan sebagai tetamu Yayasan Nurjiwa.


''Ini bukan spekulasi, tetapi disahkan sendiri oleh Tok Ti (Siti Nurhaliza) dan Menteri Kesihatan (Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad).


''Majlis ini meraikan hampir 5,000 warga KKM barisan hadapan negara yang telah banyak berkorban demi kesihatan rakyat,'' ujar beliau yang juga Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page