Sambutan Aidilfitri bersama Dr Mujahid, wakil Perpaduan Perak meriah
- Suara Keadilan
- 5 hours ago
- 1 min read

Majlis Jamuan dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran bersama Pejabat Senator Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa dan Pejabat Pegawai Khas Menteri Besar Perak DUN Titi Serong berlangsung meriah di Arena Square, Dataran Kerian Permai, petang semalam.
Majlis yang dihadiri Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof di kawasan Parit Buntar itu menjadi simbol nyata bahawa semangat perpaduan dan kasih sayang masih utuh dalam jiwa rakyat Malaysia.
Menambahkan seri, katanya, kehadiran pimpinan komponen Kerajaan Perpaduan dari pelbagai parti turut menyerlahkan semangat sejiwa yang menjadi asas kekuatan negara.
"Kerjasama ini bukan hanya dilihat di pentas nasional, tetapi turut dirasai di lapangan bersama rakyat.
"Syawal pula bukan hanya tentang pakaian baharu, tetapi tentang menyubur kasih dan menyulam harapan bersama," kata Mujahid dalam muat naik di Facebooknya.
Majlis tersebut, kata beliau, memperkukuh tekad untuk meneruskan agenda Malaysia MADANI dan visi Perak Sejahtera 2030, dengan menjadikan nilai-nilai perpaduan dan kebersamaan sebagai asas pembangunan yang inklusif.
Comments