top of page

Sambut Merdeka kibar bendera parti: AMK Wilayah bidas Pemuda Pas



Oleh: Abdullah Zaid


Propaganda Pemuda Pas mahu bendera parti politik itu dikibar bersama Jalur Gemilang bersempena Hari Kebangsaan dilihat janggal dan tidak sopan.


Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Wilayah Persekutuan, Muhammad Azha Salahudin berkata, Hari Kebangsaan tidak boleh dipolitikkan memandangkan sambutan kemerdekaan itu sepatutnya menjadi penyatuan pelbagai pihak tanpa mengira fahaman politik.


"Kempen kibar Jalur Gemilang dan bendera Pas sempena Hari Kemerdekaan negara yang digerakkan oleh Pemuda Pas merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab kepada negara.


"Sepatutnya sambutan 31 Ogos setiap tahun ini diraikan secara bersama tanpa mengira latar belakang kaum, agama, adat dan parti politik.


"Ia perlu menjadi peluang untuk mengeratkan lagi ukhwah dan persaudaraan kita sebagai rakyat Malaysia yang merdeka dengan mengenang jasa dan pengorbanan para pejuang tanah air," katanya ketika dihubungi.


Tegas beliau, Pemuda Pas perlu menghentikan perbuatan berkenaan kerana dibimbangi boleh membawa perpecahan kepada rakyat.


Untuk rekod, cadangan Pemuda Pas untuk mengibar bendera parti di samping Jalur Gemilang telah dijadikan bahan propaganda oleh laskar siber sejak seminggu lalu.


Idea itu dikecam oleh majoriti netizen di media sosial dan tidak diketahui keberkesanannya sama ada diikuti oleh anggota Pas atau tidak.

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page