top of page

Salur maklumat kepada pihak berkuasa, usah dedah kepada media - PM



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur sesetengah pihak yang sering membuat pendedahan maklumat dalam sesuatu kes yang dilaporkan kepada pihak berkuasa, kepada media terlebih dahulu.


Katanya, tindakan seperti itu hanya akan mengganggu proses siasatan dan lebih buruk mungkin memberi hukuman kepada individu yang dituduh, selain menafikan hak mereka untuk mendapat siasatan lebih adil.


"Buat masa ini, undang-undang sudah menetapkan perkara itu, ada rasionalnya kerana semua orang (boleh) mengatakan bahawa mereka bercakap benar.


"Tetapi kemudian, anda (akan) menghukum seseorang itu sebelum kes terbabit disiasat atau sebelum mereka berpeluang untuk memberi penjelasan," katanya dipetik ketika ditemui pada Majlis Peluncuran Pelaksanaan Pengauditan Syarikat Kerajaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), semalam.


Anwar berkata demikian sewaktu diajukan soalan mengenai kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said bahawa tiada perlindungan akan diberikan kepada pemberi maklumat yang membuat pendedahan umum.


Bagaimanapun, merujuk hal itu Anwar berkata kerajaan sedang meneliti perkara tersebut.


"Kita sedang melihat perkara ini, Azalina ada draf (penambahbaikan isu pemberi maklumat)," katanya lagi.


Terdahulu, Azalina pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat berkata kerajaan tidak bercadang meminda peruntukan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) bagi memberi perlindungan kepada pemberi maklumat yang membuat pendedahan kepada umum terlebih dahulu, sebelum disalurkan kepada agensi penguatkuasaan.


Katanya, mengikut akta sedia ada seseorang boleh membuat pendedahan perlakuan tidak wajar kepada mana-mana agensi penguatkuasaan dan pada masa sama, perlindungan boleh diberikan kepada pemberi maklumat apabila dibuat kepada mana-mana agensi penguat kuasa.


Sebelum ini, Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim menegaskan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) wajar diperluas dalam melindungi pemberi maklumat yang terpaksa mendedahkan maklumat kepada umum, khususnya selepas menggunakan saluran rasmi tetapi tiada tindakan diambil dalam tempoh munasabah.

0 comments

Recent Posts

See All

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page