Perayaan Krismas hari ini disambut oleh penganut Kristian di seluruh negara.
Di samping itu, menurut Senator Abun Sui Anyit, berbilang kaum di Malaysia juga turut diseru merapatkan hubungan sesama anggota masyarakat sengan saling kunjung mengunjungi.
"Krismas tahun 2024 ini diraikan dengan begitu meriah. Saya dapati pelbagai masyarakat dari semua latar belakang meraikannya.
"Kita sebagai orang Kristian mengamalkan dasar terbuka dan tidak membuat ketetapan melarang sesiapa meraikannya kerana kita mengamalkan hidup saling mengasihi sesama manusia," katanya dalam kenyataan sempena Krismas.
Abun turut mengambil kesempatan pada perayaan ini berterima kasih kepada sesiapa sahaja yang menganjurkan program sambutan Hari Natal, juga kepada pihak yang menghantar kad ucapan kepadanya.
"Terima kasih atas ingatan saudara saudari semua.
"Berkunjunglah kepada mana mana yang sempat," katanya lagi.
Beliau berharap Tuhan memberkati rakyat Malaysia pada perayaan ini.
Comments