top of page

Salahkan Kerajaan PH: 'Kalau Najib baca surat Panglima Tentera Laut kapal sudah pun siap'



Percubaan bekas Perdana Menteri (PM) Najib Razak mengaitkan keputusan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 2019 kononnya sebagai punca kapal tempur pesisir (LCS) gagal disiapkan pihak kontraktor mengikut jadual dibidas oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil.


Menurut Fahmi, Kerajaan PH tidak pernah menghentikan projek berkenaan. Tegasnya, kelewatan siap perlu ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang membina kapal kerana gagal mengikut jadual yang ditetapkan.


Selain itu, katanya, sebahagian besar waktu pembinaan LCS sejak 2011, kerajaan Malaysia bukanlah di bawah PH tetapi ditadbir Najib Razak yang harus prihatin dan memantau projek sebesar RM9 bilion itu.


"Yang salah, yang buat silap semua orang lain.


"Dia sendiri tak pernah silap walaupun dialah PM waktu segala persiapan kontrak perolehan LCS berjalan," katanya.


Kata Fahmi lagi, Najib juga gagal untuk bertindak ke atas kontraktor selepas beberapa pucuk surat dihantar oleh Panglima Tentera Laut ketika itu berhubung masalah pembinaan LCS.


Oleh itu, katanya, apabila LCS gagal disipkan maka Najib dan Menteri Pertahanan perlu bertanggungjawab, bukan menyalahkan pihak lain


"Yang kamu tak dengar teguran dalam 2 surat Panglima Tentera Laut tentang masalah perolehan LCS tu, itu pun salah Pakatan ke?


"Dia tak pernah terfikir ke, kesemua 10 surat Panglima Tentera Laut tu, kalau diterima dan diambil tindakan awal, mungkin tak sampai hangus RM6 bilion macam sekarang? Mungkin dah sampai kapal-kapal LCS yang diperlukan TLDM?


"Duit hangus, kapal tak sampai," katanya lagi.


Pada 4 Ogos lalu, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mendedahkan Kementerian Pertahanan dan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) tidak menghiraukan pandangan TLDM selaku pengguna akhir dalam projek LCS.


Pengerusi PAC, Wong Kah Woh, memetik kenyataan Panglima Tentera Laut ketika itu, Abdul Aziz Jaafar, bahawa ada sesuatu yang amat tidak kena dengan keputusan mengubah rekabentuk daripada model Sigma kepada model Gowind selepas dicadangkan oleh BNS kepada Menteri Pertahanan ketika itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.


Menurut beliau, sehingga kini tiada satu pun daripada LCS diserahkan kepada kerajaan, walaupun RM6.08 bilion sudah dibayar


Mengikut jadual asal, BNS sepatutnya menyerahkan enam unit LCS sejak 2013 hingga bulan ini kepada kerajaan.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page