top of page

Salah laku: SPRM bersihkan nama Afdlin Shauki



Cubaan pihak tidak bertanggungjawab mengaitkan nama Datuk Afdlin Shauki dalam dakwaan salah laku projek Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bernilai RM4 juta adalah untuk mencemarkan nama baiknya.


Demikian kata pelakon dan pengarah berusia 54 tahun itu selepas namanya terpalit dengan dakwaan tersebut baru-baru ini.


Terdahulu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku projek DBKL yang dikaitkan dengan Afdlin.


Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, kesimpulan itu dicapai selepas pihaknya menyemak dokumen berkaitan yang disediakan oleh pihak DBKL.


"Bagaimanapun, SPRM mendapati ada beberapa kelemahan dalam garis panduan tadbir urus DBKL yang perlu diperbaiki," katanya dipetik.


Sejak Januari lalu, tular di media sosial Afdlin yang juga Ahli Lembaga Penasihat DBKL antara individu didakwa terbabit dalam perolehan projek penerbitan bahan kreatif bernilai jutaan ringgit.


Dalam satu kenyataan, Pengarah filem Baik Punya Cilok itu bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan turut membuat laporan polis.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page