![](https://static.wixstatic.com/media/4449e2_a07e47cb99f445abb8a166d043c75eef~mv2.jpg/v1/fill/w_660,h_448,al_c,q_80,enc_avif,quality_auto/4449e2_a07e47cb99f445abb8a166d043c75eef~mv2.jpg)
Sains dan teknologi biar pun digunakan seharian oleh rakyat untuk berkomunikasi, bergerak dan sebagainya namun bidang tersebut masih dianggap asing oleh masyarakat.
Hal itu bagi Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi (Mosti) Chang Lih Kang akan menyukarkan usaha kerajaan untuk membangunkan masyarakat berasaskan sains dan teknologi.
Oleh itu, kata beliau, kementeriannya sedang giat berusaha untuk mendekatkan lagi bidang sains terutama melalui pencapaian terbaharu teknologi kecedasan buatan (AI) dan machine learning kepada rakyat.
"Visibility (dalam kalangan rakyat) adalah amat penting kepada sains dan teknologi. Vision rakyat malangnya rendah. Saya dan kementerian perlu berusaha lebih untuk pastikan sains dan teknologi serta inovasi ini akan lebih mendapatkan engagement rakyat
"Juga cuba menyampaikan melalui media sosial, town hall dan sebagainya yang boleh dapatkan perhatian dan juga kesedaran rakyat dalam teknologi
"Misalnya rakyat tidak begitu tertarik dengan sains walaupun sains sangat dekat dengan kehidupan seharian kita. Kita tidak tahu siapakah saintis di Malaysia. Beransur ansur kita perlu perkenalkan komuniti sains kepada rakyat. Komuniti ini begitu penting kepada masyarakat tetapi tidak begitu dieknali oleh rakyat. Agensi kita perlu lebihkan promosi seperti Minggu Sains Negara dan sebagainya," kata dalam wawancara Road to Innovation Nation Podcast sempena Minggu Sains Negara.
![](https://static.wixstatic.com/media/4449e2_354a0c537b014c21b75bbd5dddec0071~mv2.jpg/v1/fill/w_660,h_436,al_c,q_80,enc_avif,quality_auto/4449e2_354a0c537b014c21b75bbd5dddec0071~mv2.jpg)
Satu cara lagi, kata Lih Kang, ialah dengan membantu masyarakat luar bandar untuk memperolehi kemudahan asas menggunakan teknologi semasa
Kata beliau, agensi di bawah Mosti juga sedang berusaha ke arah berkenaan buat masa ini.
"Saya rasa teknologi akan dilihat berjaya jika ia boleh membantu masyarakat yang perlu dibantu. Saya sedang cuba untuk gunakan sains untuk bantu masyarakat pendalaman seperti di Sabah dan Sarawak. Juga masyarakat Orang Asli. Mereka perlu guna teknologi untuk dapatkan air bersih, elektrik atau internet. Kita cuba untuk bantu mereka.
"Dalam masa sama kita promosikan sains dalam kalangan masyarakat luar bandar untuk rapatkan jurang masyarakat bandar dan pendalaman.
"Kita boleh buat Pusat Sains Mini. Saya lancarkan satu di Manong, Kuala Kangsar baru baru ini. Agensi kita datang dan letak teknologi di sana misalnya drone, teknologi 3D printer dan sebagainya untuk masyarakat setempat linat. Kita bercadang bina 10 pusat lagi dan boleh digunakan oleh masyarakat sekitar," katanya.
Ditanya mengenai peruntukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang agak kurang dalam Belanjawan 2023 berbanding peruntukan di negara lain dalam bidnag sains dan teknologi, Lih Kang berpendapat kebanyakan negara maju hakikatnya mempunyai pembiayaan swasta untuk bidang berkenaan dan tidak terlalu bergantung kepada kerajaan.
"Bila kita cakap mengenai perutukan R&D kita harap akan dapat lebih banyak. Tetapi kita perlu faham dengan keterbatasan kewangan yang dihadapi sekarang. Kita tidak boleh bergantung kepada kerajaan. Pada sisi lain, selain suntikan kerajaan kita boleh pergi ke inisiatif lain.
"Di negara lain, komuniti sains mereka tidak terlalu bergantung. Kita perlu sektor swasta, komuniti antarabangsa untuk wujudkan dana untuk bantu kita dalam R&D," katanya.
Ahli Parlimen Tanjung Malim itu juga sempat mengulas mengenai bidang pertanian yang seharusnya menggunakan teknologi tinggi di Malaysia bagi menjimatkan penggunaan baja, racun, air dan juga akan meningkatkan hasil
"AI akan memainkan peranan penting kerana sekarang kita bercakap mengenai pertanian konvensional di Malaysia. Di negara lain mereka telah mula gunakan AI untuk membantu.
"Kita tahu banyak mana air perlu digunakan, baja perlu diberi kepada tumbuhan. Jadi tidak berlaku pembaziran malah membantu menjaga alam sekitar.
"Mosti ada kerjasama dengan ladang persendirian sayuran dan ternak ikan, yang gunakan teknologi dengan sesetengah agensi Mosti. Saya lawat smart farm ini di Manong dan melihat kejayaan yang baik. Tanah terhad, keluasan suku ekar tetapi produksi tinggi dan organik.
"Kalau petani kita gunakan teknologi kita boleh memperbaiki situasi dalam food security," katanya lagi.
Comentarii