top of page

Saingan sengit calon Perpaduan-PN, misi wajib menang DUN Sg Bakap



Oleh: Abdullah Zaid


Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap pada 22 Jun ini menyaksikan saingan sengit di antara calon Perpaduan (PH), Perikatan Nasional (PN).


Mereka terdiri daripada Mantan pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara Dr Joohari Ariffin, (calon satu), calon PN yang juga Pemangku Naib Yang Dipertua Pas Nibong Tebal, Abidin Ismail (calon dua) bagi merebut kerusi DUN Sungai Bakap.


Perkara berkenaan diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK DUN Sungai Bakap, Khairulnizam Hashimpada jam 10.18 pagi di pusat penamaan calon di Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi, di sini, hari ini.


Beliau memaklumkan, cikgu Joohari yang diiringi seorang pencadang dan penyokong menyerahkan borang pencalonan pada jam 9.03 pagi disusuli Abidin pada jam 9.06 pagi.


SPR menetapkan tempoh berkempen selama 14 hari bermula hari ini sehingga jam 11.59 malam pada 6 Julai dengan pengundian awal pada 2 Julai ini.


Terdahulu, Dr Joohari tiba di pusat penamaan calon diiringi kira kira 2,000 penyokong serta Setiausaha Agung KEADILAN Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Presiden AMANAH Datuk Seri Mohamad Sabu, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng dan Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan serta Setiausaha Agung UMNO yang juga Setiausaha Sekretariat Kerajaan Perpaduan Datuk Dr Asyraf Wajdi.


PH mempertaruhkan Dr Joohari pemegang ijazah kedoktoran (PhD) Universiti Sains Malaysia (USM) itu bagi merampas semula kerusi tradisi yang dimenangi sejak tahun 2013 sebelum beralih tangan kepada Pas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023 lalu.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page