Oleh: Abdullah Zaid
Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap pada 3 Ogos ini menyaksikan saingan sengit di antara calon Kerajaan Perpaduan (BN) dan Perikatan Nasional (PN).
Mereka terdiri daripada Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani (calon nombor dua) dengan calon Mohd Rizwadi Ismail (calon nombor satu) bagi merebut kerusi DUN Nenggiri.
Perkara berkenaan diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK DUN Nenggiri, Nik Raisnan Daud pada jam 10.30 pagi tadi.
Wakil Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu memaklumkan, Azmawi yang diiringi seorang pencadang dan penyokong menyerahkan borang pencalonan pada jam 9.08 pagi, didahului Rizwadi yang menyerahkan borang pada jam 9.02 pagi.
SPR menetapkan tempoh berkempen selama 14 hari bermula hari ini sehingga jam 11.59 malam pada 16 Ogos dengan pengundian awal diadakan bersekali dengan hari pengundian.
Terdahulu, tiba Azmawi di pusat penamaan calon diiringi penyokong serta Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Naib Presiden AMANAH Adly Zahari serta Pengerusi AMANAH Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh.
BN mempertaruhkan calon muda itu bagi merampas semula kerusi tradisi milik parti itu yang beralih tangan kepada Bersatu pada Pilihan Raya Negeri Ogos tahun lalu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 17 Ogos ini sebagai hari pengundian dan hari ini sebagai hari penamaan calon.
Sebelum ini kerusi DUN Nenggiri disandang wakil Bersatu namun Mohd Azizi Abu Naim namun keahliannya telah digugurkan pada 13 Jun lalu.
Comments