top of page

Saifuddin Shafi dapat suntikan semangat pemilihan MPP

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 day ago
  • 1 min read


Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Saifuddin Shafi Muhammad mencatat kemenangan bergaya pada pemilihan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) 2025 peringkat Cabang negeri Selangor yang berakhir semalam.


Dianggap antara individu penting dalam pentadbiran Selangor, Saifuddin memenangi jawatan Timbalan Ketua Cabang Hulu Selangor apabila memperoleh 2,881 undi.


Kemenangan tersebut sekali gus membuktikan pengaruh dan kekuatannya sokongan akar umbinya di kawasan tersebut.


Selain itu ia turut dianggap sebagai lonjakan moral kepadanya yang sebelum ini sebelum ini menawarkan diri bertanding ke jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada pemilihan peringkat nasional Mei ini.


"Syukur ke hadrat Allah SWT atas rezeki kali ini. Moga diberikan kekuatan menjalankan tanggungjawab.


"Saya mara dengan mandat ini kerana percaya bahawa suara akar umbi perlu dibawa ke peringkat tertinggi parti.


"Ini bukan soal kedudukan, tetapi tanggungjawab untuk membina masa depan parti bersama rakyat," kata Pengarah Strategi KEADILAN Selangor itu dipetik.


Saifuddin sebelum berkata, beliau berhasrat merapatkan jurang kepimpinan terutama di peringkat akar umbi yang memerlukan perhatian lebih progresif dan strategik.


Justeru beliau menawarkan kepimpinan yang memupuk inspirasi, membina keyakinan, dan membawa perubahan yang realistik dan berani berdepan dengan cabaran.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page