top of page

Saifuddin santuni Program Kampung Angkat Madani KDN



Menteri Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail semalam menyantuni Program Kampung Angkat MADANI 2024 peringkat kementeriannya di Tawau, Sabah.


Beliau berkunjung ke kampung asal Ketua Setiausaha KDN, Datuk Ruji Ubi untuk bersama sama menjalankan aktiviti gotong royong dengan penduduk setempat.


"Datuk Seri Anwar Ibrahim usulkan pilih kampung, libatkan pimpinan setempat, kumpulkan agensi dan jabatan, kenalpasti masalah serta usahakan penyelesaian segera.


"Hari ini Ketua Setiausaha KDN, Datuk Hj Ruji Hj Ubi bawa saya ke kampungnya di Tawau. Kami solat berjemaah di masjid bersama-sama orang Kampung Sungai Hj Matahir, gotong royong bersih kubur, baiki rumah penduduk, simbolik kempen kibar Jalur Gemilang, pertandingan futsal, serahan beg makanan dan pelbagai lagi.


"Sungguh meriah dengan kehadiran masyarakat setempat," katanya dalam catatan di Facebook.


Saifuddin turut membawa beberapa agensi di bawah KDN bersamanya seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) untuk ikut sama bagi membantu penduduk kampung memudahkan urusan mereka dengan agensi Persekutuan.


"JPN bantu selesai masalah surat beranak, kad pengenalan dan warganegara. AADK pula teruskan kempen jauhi dadah. Setiap agensi berperanan dengan sebaiknya di dalam masyarakat.


"Insya-Allah, KDN akan turun ke kampung-kampung lain untuk program yang sama," katanya lagi.

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page