top of page

Saifuddin puji tindakan mohon maaf 3 penyampai radio Era FM



Menteri Dalam Negeri, Datuk Saifuddin Nasution Ismail memuji tindakan tiga penyampai radio Era FM yang tampil membuat permohonan maaf susulan isu menghina agama baru-baru ini.


Menurutnya, insiden itu memberi satu pengajaran supaya setiap rakyat di negara ini supaya sentiasa sensitif terhadap agama lain.


"Sementara kita berharap orang lain faham tentang budaya dan sensitiviti agama kita, kita juga kena bersikap begitu barulah hidup dalam rukun damai," katanya dipetik.


Saifuddin berkata begitu ketika ditemui selepas hadir pada Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni bersama warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Putrajaya pada Rabu.


Sementara itu menurut Saifuddin, walaupun ketiga-tiga mereka sudah tampil membuat permohonan maaf, namun daripada segi undang-undang mereka tetap disiasat memandangkan laporan polis berkenaan isu itu telah pun dibuat .


"Perkara minta maaf itu merupakan satu perkara yang baik kerana mereka menyedari perbuatan itu tidak patut dilakukan, tetapi proses undang-undang mesti bermula dengan setiap aduan dan ia perlu disiasat.


"Soalnya ‘damage is done’ dan kesan dia adalah ada yang tersinggung ataupun terasa," jelasnya.


Media sebelum ini melaporkan tiga penyampai segmen 3 Pagi Era iaitu Nabil Ahmad, Radin dan Azad Jasmin digantung tugas susulan insiden kandungan video yang menyentuh sensitiviti penganut Hindu


Mereka kemudian tampil memohon maaf secara terbuka dan mengakui kesilapan mereka.


Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dipetik laporan media berkata, pihaknya kini sedang melengkapkan siasatan berhubung kes itu dan akan dihantar ke Pejabat Peguam Negara (AGC) dalam masa terdekat.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page