top of page

Saifuddin bidas tuduhan beri kewarganegaraan secara ‘borong’



Menteri Dalam Negeri membidas kenyataan yang cuba membawa naratif seolah-olah gerakan memberi kewarganegaraan secara ‘borong’ susulan program penerangan dianjurkan beberapa wakil rakyat.


Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, dakwaan itu merupakan tindakan tidak bertanggungjawab.


Tegasnya, sebagai wakil rakyat yang menerima pelbagai aduan, permohonan berkaitan kewarganegaraan antara salah satunya yang sering disuarakan.


"Proses permohonan sehingga mendapatkan warganegara itu, berkaitan Seksyen 14, 15, 16, 19, semua perkara dalam Perlembagaan Persekutuan tidak ramai petugas pusat khidmat atau wakil rakyat sendiri mempunyai kefahaman betul.


"Jadi bagaimana? Kadang kita selesaikan secara piecemeal (sedikit demi sedikit). Ada aduan, kita (wakil rakyat) buat surat recommendation (cadangan), hubungi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) atau Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk panjangkan permohonan.


"Ada juga di kalangan wakil rakyat yang terima permohonan banyak, mereka ambil inisiatif terangkan tatacara. Jadi itu tugas wakil rakyat.


"Jangan di ‘cloud’ kan seolah-olah bahawa ini gerakan tersusun untuk beri kewarganegaraan secara borong. Pemberian itu pula dikatakan kepada (orang) Cina," katanya dipetik.


Saifuddin ditemui pemberita dalam satu acara di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur pada Jumaat.


Beliau sementara itu menegaskan, turut menerima permohonan kerakyatan daripada wakil rakyat Kelantan yang mewakili kawasan ramai didiami masyarakat keturunan Siam.


Di kawasan itu, katanya, banyak berlaku isu seperti perkahwinan atau anak yang bermasalah.


Semua itu, tegas Saifuddin wajar diteliti dengan "kaca mata yang jernih" iaitu seseorang wakil rakyat cuba membantu penduduk yang diwakilinya mendapat kerakyatan secara sah.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page