top of page

Saham MAHB: Waktu PN perintah boleh pula BlackRock urus dana KWSP?

Updated: May 31



Oleh: Abdullah Zaid


Tindakan pemimpin PN dan laskar siber mereka yang berterusan mempersoalkan kononnya konsortium Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) membenarkan syarikat pengurusan dana antarabangsa pro-Israel, BlackRock menguasai saham syarikat milik negara seolah olah sewaktu PN mentadbir Kerajaan Persekutuan mereka tidak terlibat langsung dengan syarikat tersebut.


Hakikatnya, kata Pengarah Komunikasi Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Haziq Azfar Ishak, syarikat pengurus dana terbesar di dunia itu pernah menguruskan dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak AS$600 juta (RM2.4 bilion) sewaktu blok Bersatu dan Pas memerintah.


Katanya, tidak perlulah PN mengemukakan seruan untuk memboikot dana pro Israel kerana mereka sendiri ketika berkuasa tidak pun memboikot syarikat berkenaan.

Haziq Azfar Ishak

"Soal boikot, litmus papernya adalah tindakan mereka sewaktu menjadi kerajaan.


"Sepatutnya mereka tak membenarkan dana RM2.4 bilion KWSP diurus BlackRock sewaktu mereka menjadi kerajaan tahun 2021 lepas. Walk the talk," katanya kepada Suara Keadilan.


Sedangkan, ujar Haziq, konsortium yang akan membeli saham MAHB pada waktu ini dipimpin Khazanah Nasional, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Global Infrastructure Partners (GIP) bersama sebuah syarikat negara Arab yang menguasai saham minioriti sekitar 30%.


"Melalui itu, Khazanah dan KWSP akan tubuhkan konsortium sekali gus menguasai majoriti saham MAHB.


"Jelas tohmahan bahawa syarikat berkepentingan Israel mendapat kepentingan amat tak berasas sama sekali," ujarnya lagi.


Dalam perkembangan berkaitan, Pengarah Urusan Khazanah Amirul Feisal Wan Zahir dipetik Bernama menafikan bahawa rancangan mengambil alih MAHB akan menyebabkan syarikat pro-Zionis menjadi pemilik benefisiari bersama.


Katanya, sekiranya perjanjian dicapai, Khazanah dan KWSP akan menguasai 70% peratus saham MAHB manakala bakinya akan dipegang GIP dan Abu Dhabi Investment Authority (ADIA).


"Kami ingin menjelaskan bahawa rakan kongsi konsortium langsung kami ialah ADIA dan GIP, bukannya BlackRock," katanya.


Manakala alasan mengapa GIP dipilih sebagai rakan kongsi berdasarkan sumber KWSP adalah kerana GIP berupaya mengetengahkan idea dan strategi yang inovatif untuk meningkatkan pengalaman para penumpang. Termasuk peningkatan aliran penumpang, tawaran makanan-minuman yang dipertingkatkan serta kawalan keselamatan dan imigresen yang lebih cekap.


Untuk rekod, spekulasi BlackRock memiliki GIP masih belum dimuktamadkan sehingga September tahun ini. Tidak sebagaimana diperkatakan oleh pihak pembangkang bahawa GIP telah pun menjadi milik BlackRock.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page