top of page

Saham MAHB: Hanya 3% tambahan milikan asing, tidak timbul isu keselamatan



Tohmahan pembangkang kononnya berlaku penjualan saham MAHB kepada syarikat asing tidak betul sama sekali.


Perdana Menteri Datuk seri Anwar Ibrahim dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat pagi tadi berkata, milikan asing hanya 30% di dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) yang mana sebelum ini adalah 27%. Hanya peningkatan 3%.


"Apa yang berlau dalam kes ini, pegangan 41% kerajaan melalui Khazanah, KWSP menjadi 70%. Pegangan asing 27% menjadi 30% bersama Abu Dhabi Investment Authority dan GIP. Kita tak ada perubahan dari segi struktur yang berlebihan," katanya.


Berkenaan soalan tambahan Ahli Parlimen Paya Besar, mengapakah perlu diberi peranan kepada GIP sedangkan MAHB tidak mengalami kerugian, Anwar menjawab, keuntungan pengurusan lapangan terbang di Malaysia masih rendah dan tidak sebanding rakan rakan di ASEAN.


"Walaupun ada mencatat keuntungan, tetapi unjuran keuntungan dan kapasiti itu jauh lebih rendah daripada apa yang dicapai oleh lapangan terbang negara-negara jiran sama ada Singapura, Thailand atau Jakarta," katanya.


Manakala hujah maklumat rahsia negara akan bocor ke tangan Israel dengan terdapatnya 'penglibatan' BlackRock sebagaimana ditohmah oleh lasker siber pembangkang, hal itu tidak berlaku sama ekali.


Anwar memberi jaminan tahap keselamatan berada dalam kawalan kerajaan, sementara pegangan saham terbesar masih dimiliki KWSP dan Khazanah.


"Faktor keselamatan tidak berbangkit kerana masih milik Kerajaan.


"Keselamatan tanggungjawab Kerajaan, Pengerusi syarikat dan CEO masih rakyat Malaysia, itu syarat-syarat kelayakan. Jadi soal penjualan MAHB tidak berbangkit sama sekali kerana milik Kerajaan daripada 41% ke 70%.


"Pengerusi syaratnya mesti rakyat Malaysia, CEO mesti rakyat Malaysia, keselamatan keseluruhannya tanggungjawab Kerajaan Malaysia," katanya.


Sementara itu Anwar juga menjelaskan persoalan mengapa GIP dipilih sebagaimana ditanya oleh Ahli Parlimen Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (Pas-Machang). Katanya hal itu adalah keputusan syarikat. Tawaran telah dibuka secara rasmi dan syarikat yang dibenarkan untuk memegang saham adalah yang bersetuju dengan syarat syarat dikenakan.


"Khazanah melaporkan apabila dibuka untuk pertimbangan pengurusan, sekitar 145 syarikat yang berminat, akhirnya 5 yang layak.


"Syarat yang ditetapkan oleh Khazanah ketat, yang tidak dipersetujui oleh kebanyakan. Pertama dan kedua, Pengerusi dan CEO, rakyat Malaysia, ketiga, majoriti pegangan Malaysia.


"Yang berminat syarikat-syarikat lain, baik Singapura dan lain, dia nak hak mengurus, maknanya CEO rakyat dia ataupun yang dia tentukan. Syarat ini tidak diterima. Jadi itu sebabnya mengapa GIP diambil," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page