top of page

RUU tahanan rumah usaha kerajaan tangani kesesakan di penjara



Rang Undang-Undang (RUU) akta baharu tahanan rumah yang sedang diusahakan kerajaan merupakan salah satu usaha mengurangkan masalah kesesakan di penjara.


Menteri Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keseluruhan tahanan di penjara sehingga 14 November lalu seramai 86,766 orang dan melepasi kapasiti sebenar iaitu 74,146.


"Daripada jumlah itu jelasnya, 28,000 adalah individu yang ditahan reman," katanya dipetik selepas merasmikan Program Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni Madani) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Bunga di Pasir Mas pada Sabtu.


Hadir sama, Ketua Pesuruhjaya Penjara, Datuk Seri Nordin Muhamad.


Mengulas lanjut Saifuddin berkata, proses pembikinan RUU akta tersebut sudah berada di peringkat perbincangan dengan Jabatan Peguam Negara dan semua pemegang taruh.


Manakala pihaknya sudah menyelesaikan sesi libat urus dengan Jawatankuasa Terpilih Parlimen, hak asasi keselamatan, ahli akademik dan pakar-pakar perundangan.


Mengulas mengenai pelaksanaannya kelak Saifuddin menjelaskan, pesalah tahanan di rumah itu akan dipakaikan dengan alat peranti bertujuan memantau kedudukan mereka.


Manakala perintah tahanan di rumah itu hanya melibatkan pesalah yang merupakan status tahanan reman dalam penjara.


"Kalau yang tahanan reman kerana jenayah berat seperti rogol, bunuh, 39 B (dadah) tidak diambil kira," tegasnya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page