top of page

RUU Tahanan di Rumah: Kajian sejak tahun lepas, bukan perkara baharu



Oleh: Akmal Manaf


Penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) tahanan di rumah tiada kena-mengena dengan mana-mana individu termasuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang menjalani hukuman penjara ketika ini.


Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil sebaliknya menjelaskan, kajian penggubalan akta berkenaan telah dilakukan pada tahun lepas dan ia bukannya perkara baharu.


Beliau berkata, konteks secara menyeluruh tentang kajian akta itu telah dijelaskan dalam mesyuarat Dasar Sosial Negara yang diadakan baru-baru ini.


Katanya, ia adalah sebahagian daripada peralihan pandangan daripada punitif atau menghukum kepada pemulihan keadilan.


''Konsep akta itu bermaksud peralihan daripada punitif kepada pemulihan keadilan iaitu seseorang individu yang telah didapati bersalah kembali ke dalam komuniti.


''Baru-baru ini dalam mesyuarat Majlis Sosial Negara, Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) telah mempengerusikan (mesyuarat).


''Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail) telah memberikan konteks secara menyeluruh mengenai tindakan atau mewujudkan satu akta baharu berkaitan tahanan di rumah,'' katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Jemaah Menteri, hari ini.


Dalam sidang media sama, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi memaklumkan, projek rintis yang telah diadakan tahun lepas menyaksikan 5,000 banduan terdiri daripada pesalah jenayah ringan menjalani proses rehabilitasi dalam komuniti dengan beberapa syarat ditetapkan.


Katanya, berdasarkan kajian setelah projek rintis dilaksanakan, menunjukkan kadar residivisme (kembali melakukan kesalahan) sudah turun kepada 15%.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page