top of page

RUU Suruhanjaya Pekerja Gig bakal dibentangkan Julai ini - PM



Rang Undang Undang (RUU) berkaitan Suruhanjaya Pekerja Gig bakal dibentangkan di Parlimen Julai ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Perdana Menteri (PM) berkata, langkah tersebut diambil kerajaan selepas mendapat usul daripada golongan belia.


"Baru-baru ini ada usul daripada belia-belia minta supaya adakan Suruhanjaya Pekerja Gig kerana puluhan ribu, malah mencecah 100,000 anak-anak muda (bekerja) dalam (sektor) ekonomi gig.


"Bila kita dengar suara belia, kita cuba bukan sekadar santuni tapi kita laksanakan (permintaan belia). Kerajaan terus (rangka) dan kita telah siapkan undang-undang (Suruhanjaya Pekerja Gig).


"InshaAllah boleh dibentangkan di Parlimen pada Julai akan datang," katanya dipetik pada ucapan sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2024 peringkat Kebangsaan di Dataran Pahlawan, Banda Hilir, Melaka pada Sabtu.


Hadir sama Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh; Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid.


Dalam perkembangan sama, Anwar mengumumkan peruntukan tambahan berjumlah RM3 juta kepada Majlis Belia Malaysia bagi melaksanakan program dan pengurusan kelab-kelab belia seluruh negara.


"Dan untuk (program) Rakan Muda yang menjadi keutamaan, ditambah oleh Kementerian Belia (dan Sukan) dan program belia mesti diberikan keutamaan dan dukungan.


"Jadi saya setuju menyerahkan (perkara) ini kepada Hannah, supaya kita lengkapkan menjadi RM10 juta tahun ini," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page