top of page

RUU rangka kerja penyimpanan karbon dibentang ke Parlimen November depan



RUU rangka kerja kawal selia progresif CCUS akan dibawa ke Kabinet pada minggu depan


Rang Undang-Undang (RUU) itu meliputi rangka kerja kawal selia progresif mengenai pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) sekiranya dipersetujui, akan dibentangkan di Parlimen pada November ini.


Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata, kementeriannya berharap RUU tersebut akan diluluskan pada akhir 2024.


"Kita mempunyai peluang untuk menjadikan Malaysia bukan sahaja sebagai pemimpin serantau tetapi pemimpin di peringkat global dalam CCUS.


"Kerajaan sedang berusaha untuk memastikan kita merebut peluang itu," katanya dipetik pada ucaptama pada forum CEO OGSE100 anjuran Malaysia Petroleum Resources Corporation (MPRC) di Kuala Lumpur pada Khamis.


Difahamkan, RUU tersebut akan memberi panduan dari segi kelulusan kawal selia permohonan kepada industri dan pada masa yang sama melindungi kepentingan orang ramai.


"Dengan adanya kerangka ini, membolehkan pelabur masuk ke Malaysia kerana nilai industri ini untuk tempoh 20 tahun akan datang (dijangka) mencecah RM100 bilion.


"Justeru, pelaburannya sahaja melibatkan berpuluh bilion ringgit," katanya, sambil menambah sesi libat urus telah diadakan dengan pemain industri.

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page