top of page

RUU PSB tiada kaitan usaha usir kaum tertentu dari bandar



Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) tidak memberi kuasa kepada kerajaan untuk mengusir rakyat mana-mana kaum dari sesebuah kawasan.


Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Dr Alias Rameli menegaskan, RUU itu langsung tiada kaitan dengan usaha gentrifikasi seperti didakwa pihak tertentu.


Dr Alias semalam menjadi tetamu pada program dialog bertajuk Akta PSB: Selaras atau Konflik Kepentingan anjuran MalaysiaGazette.


Turut hadir adalah Presiden Persatuan Hartanah Bumiputera (PHB), Datuk Seri Dr Arifuddin Mohamed Shah.


Mengulas isu itu beliau berkata, sekiranya kawasan yang bakal dibangunkan semula itu berstatus tanah rizab Melayu, maka akan lebih banyak unit untuk orang Melayu dan bumiputera ditawarkan selepas pembangunan semula.


"Mungkin sebelum ini hanya terdapat 100 unit tetapi selepas pembangunan boleh ditambah menjadi 400 unit atau lebih, sebab kalau kuota untuk Bumiputera maka ia akan kekal untuk Bumiputera," tambahnya.


Pembangunan semula juga menurutnya tidak menyebabkan pemilik kediaman terusir dari kawasan yang mahu dibangunkan.


Beliau memberikan contoh sekiranya terdapat 100 pemilik unit Bumiputera di sesebuah kawasan yang ingin dimajukan semula di bawah RUU PSB, pemilik unit itu akan mendapat semula rumah di kawasan terbabit selepas pembangunan semula.


"Selepas akta dan peruntukan undang-undang sedia ada seperti Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) dan Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 dilihat gagal membangunkan kawasan bandar sedia ada.


"RUU PSB ini mekanisme terbaik untuk meremajakan semula bangunan lama, daif dan usang yang berusia lebih 30 tahun khususnya di kawasan-kawasan bandar besar seperti di Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang.


"Ini menjadi satu pilihan untuk kita menjadikan bandar-bandar lama di negara ini sebagai sebuah bandar matang dan sejahtera, sekali gus memastikan kehidupan berkualiti kepada masyarakatnya," kata menurut laporan tersebut.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page