top of page

RUU PSB: Mahathir cuba main sentimen negatif Melayu



Oleh: Azuan Ab Rahman


Pemimpin Pakatan Harapan (PH) menyanggah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) akan menghakis kuasa politik orang Melayu.


Sheikh Umar Bagharib Ali menerusi satu kenyataan menyifatkan tuduhan Dr Mahathir itu hanya bertujuan memberi imej negatif terhadap usaha kerajaan MADANI.


"Saya anggap, kenyataan Tun Mahathir berkaitan pindaan RUU URA (PSB) ini ialah suatu percubaan untuk memberi imej negatif terhadap usaha dilakukan oleh Kerajaan MADANI.


"Hakikatnya, URA (PSB) bukan untuk melemahkan kuasa orang Melayu sebaliknya untuk menaik taraf kehidupan rakyat agar memiliki kehidupan yang lebih manusiawi, bermaruah dan sempurna," katanya.


Sheikh Umar yang juga bekas ADUN Paloh turut menegaskan, ketika ini pelbagai masalah dihadapi penduduk rumah pangsa di bandar seperti keselamatan bangunan, sistem kumbahan, kekurangan tempat letak kenderaan, kerosakan lif dan sebagainya.


Sehubungan itu RUU yang akan digubal itu, katanya, akan dapat menambah keselesaan, mengurangkan kos penyelenggaraan, menyediakan kemudahan infrastruktur lebih lengkap seterusnya menjamin keselamatan penduduk.


Pada Selasa, Dr Mahathir menerusi catatan di laman sosialnya menyifatkan kuasa politik orang Melayu akan terjejas apabila mereka terpaksa keluar dari kawasan bandar menerusi langkah pembaharuan bandar.


Bagaimanapun Sheikh Umar menegaskan, tiada sebarang unsur paksaan atau isu gentrifikasi dalam penggubalan RUU PSB seperti didakwa, malah mekanisme penting pelaksanaannya juga adalah mendapatkan persetujuan pemilik hartanah melalui perundingan, bukannya pengambilan secara paksa.


"Hakikatnya, hak setiap warganegara kita adalah dilindungi oleh undang-undang.


"Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan telahpun memberikan jaminan kepada rakyat terhadap harta yang mereka punyai di mana tiada individu boleh dilucutkan hak pemilikannya kecuali mengikut lunas undang-undang serta pampasan yang adil," tegasnya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page