top of page

RUU PSB: Jangan cabar kita nak bela nasib Melayu - PM



Pembangkang PN diingatkan agar tidak keterlaluan dalam menentang atau memesongkan minda rakyat berkenaan penggubalan Rang Undang Undang Pembaharuan Semula Bandar (PSB).


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, akta berkenaan tidak merugikan orang Melayu sebaliknya mampu meningkatkan martabat kehidupan mereka di rumah pangsa yang sempit, satu atau dua bilik kepada yang lebih selesa.


"Tahun 1960an flat dibina satu bilik, satu bilik mandi dan tandas. Sekarang 2025 dia masih merempat begitu rupa?


"Nak bangunkan tak boleh. Undang undang, sekatan. Pinda undang undang (pembangkang) takut rizab Melayu (hilang). Ini pandangan yang betul betul menyesatkan dan mengkhianati orang Melayu.


"(Di bawah PSB) tanah rizab Melayu kekal, title tak ubah. Kita nak guna undang undang bangunkan semula (perumahan). (Tetapi) ditentang, nak buat perhimpunan.


"Saya beritahu mereka, jangan cabar kita. Kalau kita nak bela nasib orang miskin majoriti Melayu dan sebahagian kecil India, Cina, kamu nak buat himpunan, kita buat himpunan satu stadium pertahan nak bela orang Melayu.


"Yang menentang ini Melayu, guna parti Melayu parti Islam. Apa dia pernah cadang tolong Melayu? Kita usulkan. Kalau nak beri pandangan, silakan tetapi jangan khianati usaha kita. Ini komitmen kita dalam Kerajaan Madani," katanya dalam ucapan pada "Majlis Sambutan Hari MARA Ke-59 dan Peluncuran Wakaf MARA Madani" di PWTC, Kuala Lumpur pagi tadi.


Berkenaan bantuan MARA dalam pembangunan orang Melayu pula, Anwar berkata, sejarah telah membuktikan bantuan itu sejak 1960an merupakan penstukturan semula sosial yang paling berjaya dalam sejarah menjadikan kaum Melayu lebih bermaruah dan menguasai bidang ekonomi besar yang sebelum itu dimonopoli bukan Melayu.


"Setiap rakyat jangan mendustai dan memungkiri sejarah. Melalui MARA dan dasar Bumiputera, kita boleh mengangkat peluang dan memberikan kedudukan yang lebih lumayan (kepada Bumiputera) sebagai profesional, juruteknik dan kemahiran yang sebelum itu tidak dimiliki masyarakat Melayu," katanya.


Dalam ucapan itu juga Anwar meminta hadiri dalam dewan agar menderma minimum RM10 kepada Wakaf Madani untuk membantu mengangkat martabat bangsa.

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page