top of page

RUU Perubahan Iklim Negara dibentang suku pertama 2025



Kerajaan serius menangani isu perubahan iklim dan Majlis Tindakan Perubahan Iklim Negara dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Jun lepas, bersetuju mengesahkan aspirasi negara untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050.


Susulan itu, Rang Undang-Undang (RUU) Perubahan Iklim Negara dijangka dibentangkan di Parlimen pada suku pertama tahun depan, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) Nik Nazmi Nik Ahmad.


"Untuk Malaysia berkembang maju dan mengekalkan daya tahan iklim, tadbir urus memainkan peranan penting dan kami kini sedang mengusahakan rang undang-undang perubahan iklim," katanya dipetik.


Nik Nazmi berkata begitu melalui ucap pada pelancaran IOI Sustain Roadmap 2030 (ISR 2030), di Putrajaya pada Jumaat.


Mengulas lanjut beliau menjelaskan, kementeriannya kini sedang menjalankan sesi libat urus dengan pihak berkepentingan serta menghasilkan kertas konsultasi awam bagi mendapatkan maklum balas masyarakat sehingga 18 Nov ini.


"Anda sebenarnya boleh pergi ke laman web kami dan melihat draf rang undang-undang itu, bagi mendapatkan pandangan daripada orang awam. Kami berharap dapat memperkenalkannya kepada sidang Parlimen menjelang suku pertama tahun depan," jelasnya lagi.


Nik Nazmi berkata RUU mengenai perubahan iklim itu bertujuan meningkatkan kelestarian alam sekitar sambil mewujudkan peluang baharu untuk sektor perniagaan iaitu membolehkan perniagaan mengakses pasaran yang memberi penekanan pada kelestarian.

Sementara itu tambahnya, NRES telah mengemukakan rancangan melibatkan bajet pembangunan RM140 juta kepada Kementerian Ekonomi, untuk membina bangunan Pusat Biodiversiti Malaysia (MBC) yang juga menempatkan Muzium Sejarah Alam Semula Jadi.

"Supaya kita boleh memiliki sebuah pusat biodiversiti yang canggih, iaitu selaras dengan apa yang boleh kita pamerkan kepada dunia, dengan koleksi yang kita ada," katanya sambil menegaskan rancangan kerajaan untuk mengadakan kerjasama swasta-awam berhubung pembinaan bangunan MBC.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page