top of page

RUU Perkhidmatan Parlimen dibentangkan Isnin depan



Oleh: Azuan Ab Rahman


Kerajaan MADANI bakal membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 pada persidangan Parlimen minggu depan.


Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, langkah itu membuktikan iltizam kerajaan terhadap usaha melaksanakan agenda reformasi dan memperkukuhkan institusi-institusi demokrasi dalam negara.


Tambahnya, Jemaah Menteri memutuskan bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said akan membuat bacaan pertama dan memperincikan kedua-dua RUU itu.


"Jemaah Menteri turut bersetuju dan mencadangkan agar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, membuat bacaan kali kedua yang dijangka pada 4 Mac 2025," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.


Sebagai rekod, Akta Perkhidmatan Parlimen pernah diwartakan pada 1963 tetapi ditarik balik pada 1992.


Menerusi akta tersebut, Parlimen dapat benar-benar bebas dan mampu memutuskan hal berkaitan kewangannya sendiri, pentadbiran dan kakitangan.


Antara lain, RUU itu bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang Dipertua Dewan Negara dan Yang Dipertua Dewan Rakyat.


Menurut Fahmi, RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 pula akan dibawa bagi membolehkan Yang Dipertua Dewan Negara dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, menganggotai Majlis Parlimen itu.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page